Perancangan menerusi mesyuarat tertutup pada 25 Oktober di Bilik
Mesyuarat Mawar, Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang
dipengerusikan oleh Tian Chua, terdedah lagi. Jikalau sebelum ini,
pemberi maklumat menyalurkan rancangan yang akan dibuat pada 28 dan 29
Oktober, tetapi kali ini, penyumber mendedahkan satu lagi perancangan
jahat yang dibuat oleh PKR.
Khairul Anwar Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Jonah, suatu
ketika dahulu merupakan Ketua AMK Selangor telah ditugaskan
untuk melaksanakan satu rancangan yang lebih ekstrim dan jahat
memandangkan tugasan pada 28 dan 29 Oktober gagal dilaksanakan dengan
jayanya.
Berdasarkan maklumat yang kami terima, AMK sedang
mengatur perancangan membuat halangan semasa hakim membacakan
keputusan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.
Jonah akan mengetuai sepasukan AMK yang akan menimbulkan huru-hara
setelah satu lagi kumpulan yang belum lagi diketahui siapa ketuanya
tetapi dipercayai Tian Chua sendiri, akan membuat provokasi
dan mengganggu anggota-anggota polis yang bertugas.
Pasukan AMK yang dipimpin oleh Jonah akan bertempur dengan pihak polis
untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada dibawa ke penjara. Kumpulan
provokasi kedua pula akan selepas 'mengganggu dan menyibukkan polis'
dengan serangan kumpulan yang diketuai oleh Jonah,
akan menghalang laluan yang akan digunakan oleh pihak berkuasa bagi
membawa Anwar ke penjara.
Manakala kumpulan penyokong yang lain, yang sekarang ini sedang giat
dikumpulkan menjelang tempoh 96 jam, akan dikumpulkan di hadapan Istana
Kehakiman untuk menimbulkan kekecohan selain mengalihkan perhatian
daripada gangguan yang dibuat oleh kumpulan provokasi pertama
dan kumpulan provokasi kedua yang mempunyai 'tugas' lebih besar.
Berdasarkan maklumat yang sama, AMK Johor sudah berjanji akan menghantar
sebuah bas yang dipenuhi penyokong. Begitu juga dengan AMK Perak
manakala AMK Selangor akan menghantar dua buah bas dan AMK Wilayah
Persekutuan pula sebuah bas.
Jonah didedahkan sebagai ketua dan perancang utama pada provokasi terbaru dan terakhir nanti.
http://buletinsengal.blogspot.com/2014/10/amk-akan-bertempur-untuk-halang-anwar.html
No comments:
Post a Comment