Monday, June 2, 2014

BN SYOK TERLEBIH MENANG PRK PARLIMEN TELUK INTAN LUPA HAKIKAT SEBENAR


Benarkah BN-UMNO sudah bangkit dan jadi kuat sangat hingga itu menyebabkan kemenangan pada PRK Parlimen Teluk Intan??? 
 
Hebat sangatkah Presiden Gerakan dan partinya serta berjayakah mereka tarik dan raih semula undi masyarakat cina kembali sokong BN-UMNO-Gerakan??? 
 
BETULKAH BN Menang sebab kembali meraih sokongan cina dan kuat menerima sokongan melayu-islam serta kaum india dan lain-lain???

Sorylah kalau penulis katakan jangan SYOK TERLEBIH sampai LUPA HAKIKAT SEBENAR... kita semua yang terlibat TAHU KENAPA BN MENANG... so jangan lah lebih-lebih sangat... teruskan perbaiki kelemahan...

Rasanya masa PRU14 nanti siapa rasanya menang di Teluk Intan???... tau dah jawapannya!!!


Sehari selepas kemenangan Barisan Nasional di PRK Teluk Intan, kita dapat membaca banyak cakap-cakap dan kenyataan-kenyataan syok sendiri sambil memuji-muji kehebatan sendiri. Malah ada yang sudah pun melanggar 'sempadan' apabila menyatakan DAP sudah sampai masa untuk dibungkuskan dengan kemenangan tipis 238 undi di PRK Teluk Intan. Kemenangan Mah Siew Keong dilukiskan sebagai seekor garuda besar yang menyerang perkampungan DAP dan menghancur leburkan perkampungan tersebut.

Dan yang paling menarik ialah apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memuji-muji Pemuda UMNO yang gerak kerja mereka kononnya telah membantu kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan.

Ini adalah hakikat yang sering berlaku. Apabila menang, semuanya mendabik dada dan semuanya mengaku, merekalah yang menjadi faktor kemenangan. Tetapi apabila kalah, yang terang-terang salah mereka pun, boleh dituding kepada orang lain.

PRK Teluk Intan tiada bezanya. Kemenangan Mah Siew Keong bukanlah disebabkan faktor kekuatan UMNO, apatah lagi Barisan Nasional, mahupun kebangkitan GERAKAN. Barisan Nasional menang di Teluk Intan kerana ramai pengundi Cina yang tidak keluar mengundi sepertimana yang berlaku pada saat-saat akhir dalam PRK Kajang tempoh hari. Barisan Nasional menang di Teluk Intan kerana masyarakat India marah dengan DAP yang telah MEMPARIAHKAN mereka dari zaman Manogaran, kaum mereka sendiri menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan mewakili DAP, mahupun Seah Leong Peng yang menggantikan Manogaran dan kemudian meninggal dunia kerana kanser.

Bagi mereka yang berada di lapangan, pasti menepuk dahi apabila membaca kenyataan-kenyataan besar diri seperti yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin dan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional yang lain. Masalah Barisan Nasional dan UMNO di Teluk Intan adalah masalah yang sama di mana-mana.

Paling ketara ialah apabila Barisan Nasional gagal mengeluarkan sebahagian besar pengundi-pengundi putih mereka untuk memberikan undi kepada calon sendiri. Walaupun kempen menerusi ceramah dilihat berjaya menerusi pendekatan 'in personal touch' namun kesimpulan kerja seterusnya amat menyedihkan. Di sebalik berjayanya kempen-kempen secara mikro dengan sasaran paling tinggi hadirin adalah seramai 300 orang berbanding DAP yang bermegah-megah dengan ceramah mega, namun ceramah setakat berhenti pada ceramah. Hasil daripada ceramah tersebut tidak dapat dijelmakan dengan menarik keluar pengundi-pengundi untuk berbaris di pusat-pusat pengundian dan kemudian memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Barisan Nasional.

Beberapa masalah lain, termasuklah sabotaj turut dikesan sepanjang PRK Teluk Intan. Ia seperti mengulang semula apa yang berlaku dalam PRK Kajang di Teluk Intan apabila peruntukan sekali lagi menjadi punca untuk dijadikan bahan ugutan.

Terlalu banyak sebenarnya masalah yang berlaku di Teluk Intan. Dan mujurlah DAP turut bermasalah dan berpecah. Kalau tidak, memang berat untuk Barisan Nasional merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP. Dan perpecahan DAP pula bukannya disebabkan gerak kerja bersepadu daripada Barisan Nasional, sebaliknya kerana masalah lama yang membabitkan perebutan pengaruh di kalangan warlord-warlord DAP Perak khususnya Ngeh-Nga dan Kulasegaran selain Lim anak beranak.

Jangan kerana terlalu syok sendiri dan perasan berlebihan, masalah sebenar di dalam Barisan Nasional, tidak diatasi dan dipulihkan. Jangan kerana terlalu perasan dengan kemenangan tipis yang disebabkan faktor-faktor yang diwujudkan bukan oleh Barisan Nasional, menjadi tolok dan kayu pengukur kononnya UMNO dan Barisan Nasional sudah kembali pulih dan disokong oleh orang Cina.

Sebabnya mudah, kemerosotan jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi, tidak juga mengurangkan sokongan kepada DAP, sebaliknya jumlah PDM yang menang bagi DAP, masih juga sama walaupun pada masa yang sama, 5 PDM yang sebelum ini dimenangi oleh DAP dengan kemenangan tipis, berjaya dimenangi oleh BN.

Bayangkanlah kalau jumlah pengundi Cina tetap sama seperti semasa PRU-13... Barangkali sekarang ini para pemimpin Barisan Nasional yang sedang asyik-masyuk dan mabuk kepayang, sedang sibuk mencari jalan hendak menyalahkan orang lain!

ARTIKEL ASAL : http://theflyingkick.blogspot.com/2014/06/keputusan-prk-teluk-intan-tolonglah.html


No comments:

Post a Comment