Thursday, May 15, 2014

DYANA SOFYA CALON DAP PRK TELUK INTAN BUTA DAN LUPA SEJARAH HILANG JATI DIRI CINTA MELAYU



 
Melayu Graduan UiTM masuk DAP demi perjuangkan cita cita Kit Siang

1.Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.

2.Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera". Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai.


3.Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu ipta seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga. Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja"





4.Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina. Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini"

5.Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis. Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah.

6.Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Saya menjawab suda tentu lah DAP akan menjaga orang melayu.

BACA LAGI MENGENAI MELAYU BODOH NI...

http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/05/ini-dia-anak-melayu-dyana-sofya-yang.html
http://www.therocket.com.my/en/christian-blaming-seminar-discredits-uitm/
 
http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/09/ibu-dia-setiausaha-wanita-umno-bahagian.html

1 comment:

  1. Inilah contoh saorang perempuan Melayu yang tak sedar diri setelah mendapat kemudahan belajar di UITM dimana Bumiputra diberikan tempat dengan berbagai kemudahan.Bukan dia tak sedar dengan ada nya UITM, Bumiputra yang miskin rata2 mendapat peluang belajar. Walaupun melayu tidak pernah berungut apabila bangsa asing mendapat semua kemudahan yang diam dibandar2.Apakah budak ini sudah buta atau tidak membaca sejarah bagaimana Melayu diangkat kemertabat paling tinggi dengan adanya dasar ekonomi baru.Telah 65 tahun UMNO berjuang bagi menaikan imej dan mertabat bangsanya termasuklah mertabat budak melayu mentah ini.Apa mak bapak dia tak 'Tarbiahkan' dia ke?

    ReplyDelete