Tuesday, December 3, 2013

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK SATU PENJELASAN MENYELURUH DIPERLUKAN

Kenaikan tarif elektrik sehingga 15% menimbulkan isu dan perdebatan hangat dikalangan masyarakat dengan ada yang menuduh DS NAJIB dan BN "mungkir janji" semasa PRU13 dahulu konon berjanji prihatin dan mahu menangani kenai kos kehidupan rakyat SEBALIKNYA apa yang terjadi MINYAK NAIK 20 sen dan kini TARIF ELEKTRIK bakal naik 15%.

Idealismalaysia berpendapat isu ini perlu dijelaskan dan dijawab dengan baik bukan menerusi penjelasan cacamarba dan saling bercanggahan diantara pemimpin dan pihak yang terlibat. Cukuplah dan tolonglah janganlah menunjukkan kebodohan melampau... 

Sebagai contoh bila Ayam naik suruh pulaukan dan jangan makan ayam...
Bila sayur naik suruh pulaukan jangan makan sayur...
Bila gula naik konon nak suruh org kurang makan gula supaya kurang kencing manis...
Bila minyak naik konon sebab realisasi subsidi...
sekarang tarif elektrik naik takkan nak suruh jangan pakai elektrik kut???


Rakyat dan umum tidak mudah diperbodohkan dengan alasan yang tidak munasabah... jika gagal memberikan penerangan yang baik.... akhirnya nampak bodoh ialah BN, UMNO, pemimpin dan pak menteri yang terlibat...




INI CONTOH kebodohan dan kegagalan jaringan maklumat KERAJAAN... 
pemimpin dari satu parti, satu kerajaan memperjuangkan satu dasar yang sama tapi maklumat bercanggah...  MANA SILAPNYA???

LAWAK SARKAS

No comments:

Post a Comment