Tuesday, October 22, 2013

BERANI BERUBAH MUKHRIZ MAHATHIR TEWAS BERMARUAH

Awal-awal lagi sahabat dan rakan telah menjangkakan laluan SUKAR bagi DP Mukhriz menempatkan diri sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO Malaysia. Namun keputusan yang dibuat oleh DP Mukhriz untuk bertanding adalah demi menyahut proses transformasi dalam UMNO serta suara akar umbi yang mahukan perubahan. 

Ayahanda Tun Mahathir sendiri secara peribadi memberikan pandangan berkaitan perkara ini dan terbukti BENAR TEPAT dan BETUL apa yang diramalkan beliau telah benar-benar terjadi. Halangan, kekangan, sikap pemimpin pertengahan UMNO, sabotaj, strategi kempen"luar biasa" dan pelbagai lagi namun seperti biasa dihadapi dengan tabah dan berani oleh DP Mukhriz. 


Disebalik pelbagai kekangan dan cabaran sememangnya ADALAH diluar jangkaan sama sekali apabila DP Mukhriz berjaya memberikan tentangan yang cukup "sengit" dan hanya tewas dengan 9 undi sahaja. Ya, walau tewas DP Mukhriz tewas dengan bermaruah. TERIMA KASIH KEPADA PERWAKILAN yang mengundi untuk DP Mukhriz... teruskan sokongan anda dan kekal terus berjuang.

Idealismalaysia berdoa dan berharap semoga DP Mukhriz tabah, terbuka dan terus istiqomah dalam perjuangan. Ketahuilah bahawa ramai dan sangat ramai ahli UMNO dan rakyat menyokong kepimpinan DP Mukhriz.

Suara akar umbi UMNO bersedia dan BERANI BERUBAH namun kumpulan pemimpin pertengahan dan atasan UMNO masih "lembik" dan mahu kekal berada dalam zon "selesa" masing-masing mahu terus kekal dengan status quo tanpa mereka sedari bahawa sikap ini lah yang bakal "menjahanamkan" UMNO pada PRU14 nanti.

IdealisMalaysia akan terus beroperasi seperti biasa setelah berehat panjang semasa Pemilihan UMNO 2013 lalu. Kepada sahabat dan rakan Teruskan dan Kekal lah kita Perjuangan ini. Masa sudah semakin suntuk untuk kita... demi agama bangsa dan negara tercinta.

Salam perjuangan

No comments:

Post a Comment