Tuesday, July 23, 2013

TERBONGKAR!!! CALON PAS Azlan @ Endut Jusuh CHE LONG KECEWA DENGAN PAS DAN HUSAM MUSA




Daripada SMS tersebut, kelihatan benar kekecewaan calon PAS yang mulai patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan pertaruhannya. Pastinya ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku sehingga dia mulai mengungkit duit yang dikeluarkan dan dikorbankan untuk perjuangan PAS tempatan.
Namun yang paling mengejutkan ialah, kemarahannya terhadap HUSAM MUSA, boss dia sendiri, merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut. Tidak setakat itu sahaja, dia turut mengecam Nik Aziz yang dituduhnya sengaja mahu memecah belahkan kaum keluarganya di Kuala Besut.
Tentu sekali, Che Long merujuk tindakan Nik Aziz menuduh orang UMNO tidak sembahyang dalam ceramahnya dua hari lepas.
Che Long merupakan anak tempatan. Sekaligus turut mengesahkan bahawa tindakan PAS dengan kempen politik memecah belahkan ukhwah dan persaudaraan, tidak dapat diterima oleh penduduk tempatan.
SMS berkenaan menjelaskan tentang kekecewaan terhadap PAS yang semakin ketinggalan dari segi perjuangan Islam dengan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.

sumber : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/07/terkini-calon-pas-dun-kuala-besut-dedah.html

No comments:

Post a Comment