Monday, June 10, 2013

MELAYU DIPERBODOH BERTEPUK SORAK BILA CINA NAK BINA LEBIH BANYAK KANDANG BABI







  .
SEORANG pensyarah yang seisi keluarga fasih bertutur bahasa Cina mengesyorkan kepada Awang agar mempromosikan usaha menggalakkan orang Melayu belajar bahasa tersebut. Pandangannya itu disokong kuat oleh seorang aktivis dan tokoh korporat, yang turut serta dalam satu perbincangan ketika mengunjungi pejabat Utusan, baru-baru ini.



Menurut kedua-duanya adalah lebih mudah memahami sikap dan psiki kaum Cina jika boleh menguasai bahasa mereka. Awang setuju. 

Pensyarah itu juga membawa suatu kisah benar semasa kempen PRU-13 di Bukit Katil, Melaka pada 1 Mei lalu, untuk direnungkan. Dalam satu ceramah anjuran pakatan pembangkang, seorang penceramah Cina apabila tiba gilirannya berucap berapi-api diselang-selikan Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia.

Ketika menggunakan Bahasa Malaysia, dia menyentuh soal melawan rasuah, tukar kerajaan dan perubahan yang para hadirin termasuk sebahagian Melayu bertepuk. 

Apabila beralih kepada Bahasa Mandarin, pemimpin itu dengan nada suara lebih tinggi berjanji akan membina lebih banyak kandang babi di negeri itu jika pakatan menang. 

Majoriti kaum Cina yang hadir gegak gempita dan orang Melayu yang tidak faham apa-apa, terikut bertepuk sorak. 


Pensyarah tersebut dan anaknya lepasan sekolah Cina yang sekadar hadir untuk mendengar, menggeleng-geleng kepala kerana mereka sangat faham apa yang dituturkan.
Rupa-rupanya Melayu tertipu.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

No comments:

Post a Comment