Tun
Daim Zainuddin bukan jenis orang yang bercakap banyak. Beliau tidak
juga tidak bercakap kosong atau bercakap mengarut.
Namun begitu apabila
sekali-sekala beliau bercakap apa yang diungkapkannya benar-benar
bernas.
Tun Daim adalah orang yang awal yang meramalkan kekalahan BN di
beberapa negeri sebelum pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008.
Menjelang pilihan raya umum ke 13, Tun
Daim menjadi buruan media masa untuk mendapatkan pandangan beliau. Tun
Daim hanya berkata BN akan kekal memerintah negara dan yakin BN akan
tawan semula Kedah.
Apabila keluar keputusan PRU 13 sekali
lagi apa yang diuangkapkan oleh Tun Daim menjadi kenyataan. Selesai
pilihan raya sekali lagi Tun Daim diburu media bagi mendapatkan
penjelasan beliau berhubung keputusan pilihan raya umum ke 13.
Antara
ulasan Tun Daim yang menjadi perhatian apabila beliau meminta Perdana
Menteri memecat penasihat-penasihatnya yang memberi maklumat atau
pandangan yang salah kepada PM selama ini. Mungkin ada pihak yang panas
dengan kata-kata Tun Daim menggunakan cybertrooper untuk menyerang
peribadi Tun Daim.
Satu tindakan yang menjengkelkan. Mereka hanya mahu
mendengar yang indah-indah mengenai mereka, tetapi mencerca apabila
dikritik. Itulah amalan yang mereka guna pakai selama ini terhadap
Perdana Menteri. Mereka hanya melaporkan yang baik-baik sahaja kepada
Perdana Menteri.
Sebelum ini pun telah ada pihak yang
membangkitkan tentang kegagalan war room BN yang dikuasai oleh
penasihat-penasihat Perdana Menteri berhubung kegagalan BN mendapat
kemenangan yang memuaskan.
Hasil siasatan sel13.com tiga
orang penasihat utama Perdana Menteri yang gagal menjalankan tugas
mereka dengan baik. Bukan setakat gagal menjalankan tugas, malah mereka
mahu semua pandangan atau arahan mereka didengari oleh semua pihak
termasuklah dalam soal pemilihan calon. Mereka adalah Datuk Seri Osman
Razak, bekas ketua pegawai penyelidik di JPM, Datuk Aleis Anor dan Omar
Ong.
Setelah gagal menjalankan tugas mereka
dengan baik untuk memberikan kemenangan bergaya kepada BN , selepas
pilihan raya pun mereka masih lagi campur tangan untuk menentukan
barisan kabinet.
Sehingga saat akhir difahamkan ketiga-tiga penasihat
punah ranah itu masih mahukan Perdana Menteri mengekalkan Hishamuddin
Tun Husein sebagai menteri dalam negeri. Perdana Menteri bertindak
menukar Hishamuddin setelah mendapatkan pandangan akar umbi termasuklah
dari pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian.
Jika mengikut nasihat
mereka untuk mengekalkan Hishamuddin di KDN , kedudukan Najib sendiri
pun pasti akan tergugat hari ini kerana rata-rata akar umbi menolak
beliau sebagai menteri berkenaan. Mereka penasihat punah ranah tidak
turun ke akar umbi dan bercampur dengan rakyat bawahan. Mereka semua
golongan elit. Berbeza dengan pemimpin peringkat bahagian yang bercampur
dengan semua peringkat orang. Pemimpin bahagian lebih tahu kehendak
akar umbi.
Penasihat-penasihat punah ranah itulah
yang membawa kempen menjulang Najib ala-ala pilihan raya presiden
Amerika. Sedangkan terang-terangan sistem pilihan raya Amerika dengan
Malaysia berbeza. Betullah apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa BN
tidak perlu terikut-ikut rentak Anwar.
Selain daripada tiga orang di atas
Perdana Menteri dan BN turut menjadi rosak kerana penasihat media
seperti Farid Ridzuan TV3. Tindakan mempromosi Perdana Menteri dan BN
secara keterlaluan di televisyen bukannya tindakan yang membantu,
sebaliknya ia tindakan untuk membunuh. Rata-rata rakyat bercakap tentang
tiga suku masa untuk siaran berita TV3 semasa kempen pilihan raya
digunakan untuk PM dan BN. Ianya menimbulkan rasa loya orang ramai.
Untuk hadapi pilihan raya umum ke 14
maka adalah wajar Perdana Menteri menggugurkan tiga orang di atas dan
bersama dengan Farid Ridzuan. Mereka telah ternyata gagal dan jangan
lagi cuba mengharapkan mereka akan berubah. Jika tidak nahas sedang
menunggu di pilihan raya umum ke 14.
Cadangan pemecatan 3 mangkuk punasihat Naib datangnya bukan orang biasa.
ReplyDeleteItu satu nasihat khas yang ditujukan pada Pak Najib.
Pak Najib sepatutnya bertindak segera kalau Pak Najib tak mahu jadi Ketua Pembangkang
betul la tu. mereka tu api dalam sekam kpd bn. tapi bila nk disingkirkan? aku tak jangka mereka akan disingkirkan. hatta ditukarkanpun agak mustahil. kenapa? pandangan aku, pm najib ni keterlaluan mengejar populariti. pandangan akar umbi jarang sangat didengari, yg penting rakyat teriak "najib" "najib" "najib" dan "i love pm". slogan2 hipokrit tu sebenarnya penipu dan najib seperti biasa terus tertipu dgn senyuman sipembohong.
ReplyDeleteharapan aku dan majoriti rakyat, kami dambakan pm yang bukan sahaja kuat bekerja malah bijak dalam bekerja. jadi pm bukan seperti jd ketua kelas budak sekolah tahun 1.