Thursday, May 2, 2013

KES HASUTAN KONONNYA DAKWAT KEKAL SPR BOLEH HILANG KESAN - WARAN TANGKAP KEPADA NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA PERLU DISEGERAKAN




Haaa! Nampak sangat semua ini dirancang oleh mereka-mereka yang sudah boleh menjangka kekalahan sendiri. Nampaknya ada beberapa calon PKR yang bertindak biadap dengan menimbulkan fitnah kerana keadaan mereka sudah menjadi terlalu terdesak.

Mana ada orang mengundi pukul 8.00, tankap gambar pukul 7.55 pagi? Ini semua rancangan jahat yang telah dijangka sebenarnya. Masihkah mereka menjadi pilihan? Sering mengaburi mata rakyat demi kepentingan diri.
 
"Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang," - Mejar Azmee Buang

Seorang pegawai tentera menafikan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengaitkannya dengan tuduhan dakwat kekal pada jarinya hilang selepas mengundi awal semalam.
Mejar Azmee Buang, 41, dari Unit Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, berkata dakwat yang dicalit dijarinya masih kekal hingga hari ini.
"Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang.
AZMEE Buang (tengah) bersama rakan-rakan setugas menunjukkan dakwat kekal yang dicalit di jari mereka masih ada ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemar namanya jika mereka tidak mengambil tindakan membuat pembetulan atas dakwaan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini bersama beberapa anggota tentera untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan merupakan individu yang menaiki sebuah kereta berwarna merah sambil menunjuk jarinya yang dicalit dakwat, yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook semalam oleh pihak yang tidak dikenali.
 
BUKTI NURUL IZZAH SEBAR BERITA BERUNSUR HASUTAN

 

No comments:

Post a Comment