Tuesday, April 30, 2013

KERANA KASIH DAN SAYANG PADA KITA SEMUA AYAHANDA TUN MAHATHIR TETAP TURUN PADANG MEMBANTU WALAU SEMAKIN BERUSIA

Saya diberitahu Husam datang ke sini untuk bertanding. Semalam Nik Aziz datang ke sini. Saya sedih mereka yang dianggap ulama kerap berbohong....!

Husam ini dihantar ke sini kerana percaya saya akan bertanding di Putrajaya. Semua orang tahu saya sudah bersara. Saya tidak mahu bertanding. Seluruh dunia tahu saya tidak berniat untuk bertanding.

Ini alasan untuk Husam bertanding di sini. Ini satu lagi penipuan yang datang daripada mulut orang bergelar ulama, mulut berbohong. Kononnya PAS itu Islam, Islam itu PAS...

Maka tempat tak ada PAS tidak adalah Islam. Apakah 1.6 bilion orang Islam sudah tidak Islam...? Sudah jadi kafir...?

Niat Nik Aziz kafirkan semua orang Islam supaya dia seorang Islam. Ini sikap bongkak. Apa hak dia nak kafirkan orang UMNO..? Tanpa usul periksa dia dengan mudah menuduh orang UMNO kafir.

Saya dilahir sebagai Islam membesar sebagai Islam. Saya sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji dan umrah.

Kalau dia nak tanya saya sembah selain Allah, kalau saya kata ya, maka saya kafirlah. Dia tak tanya pun....!

Ini satu kezaliman. Islam melarang kira melakukan zalim....

Al-Quran menyuruh kita menghakimi dengan adil. Adilkan kaki pembohong ini, kononya senbahyang orang UMNO tak dapat pahala...? Dia pergi sembahyang pun di masjid dibuat UMNO.

Putrajaya kononnya meniru orang asing sebab ada perkataan Presint. Dia ada Manifesto. Manifesto tu cakap Melayu ke...? Dia tak tiru orang asing....?

Sebab tu jalan-jalan di Kelantan tidak ada tar. Kita yang bubuh tar. Dia tak pernah tengok kot orang bubuh tar atas jalan.


Kita dirikan Putrajaya kerana Kuala Lumpur begitu sesak untuk pegawai kerajaan menjalankan pentadbiran negara.

Kita awal-awal sedar. Nik Aziz tak kata apa... PAS tak kata apa...

Kita sedar kesesakan akan datang. Itu persedian memindahkan pegawai-pegawai di kawasan yang baik.

Kalau tak ada Putarjaya KL tak boleh bergerak.

Kereta banyak sebab orang banyak duit. Pegawai kerajaan gaji dinaikan berkali-kali. Masa saya dulu tak naik gaji. Itulah nikmat diterima.

Kita bangga orang mengunakan kereta dan banyak. Walaupun kononnya harga kereta mahal.

Pembangkang nak turun kereta sehingga RM20 ribu. Ada kereta di Malaysia harga begitu,  dah ada...! Kereta edar ada. Pi la beli....

Nak kereta besar harga RM25,000. Bila harga murah banyak kereta atas jalan sehingga kereta tidak bergerak. Inilah orang yang tak buat kira-kira.

Pada tahun 1981 lagi kita tahu bahawa kesesakan akan berlaku di KL. Justeru kita bina Putrajaya.

Mereka kata membazir duit kerajaan. Nik Aziz kata nak lelong Putrajaya... Saya dah beli loceng supaya dia duduk depan masjid agar dia lelong masjid. 

Sekarang tak mahu lelong. Sekarang nak mai nak dirikan kerajaan.

Putrajaya bukan untuk Nik Aziz, Hadi dan sudah tentu bukan untuk Anwar.

Anwar sudah tidak ada modal....!

Baru ni buat ucapan minta saya mati. Inilah kempen PKR....

Itu bukan kuasa dia, kuasa tuhan. Niat buruk. Dia bolen niat, yang tentukan bukan Anwar . Dia boleh pergi ke Mahkamah minta saya mati cepat.

Putrajaya bukan pembaziran ia kemudahan untuk negara yang kian maju. 

Kenapa Malaysia kian maju...? Kerana PAS? Tengok Kelantan serambi Mekah. Malu kita, air dia tak boleh minum.

Inikah Serambi Mekah....? Janganlah menjatuhkan maruah Mekah....

Banyak orang Arab Islam datang ke Malaysia sebab dengar Malaysia sudah maju. Negara contoh bagi negara Islam di dunia. Apakah mereka pergi ke Kelantan...?

Mereka datang ke KL, Putrajaya. Kagum bagaimana negara yang diperintah orang Islam dapat membangunkan.

Orang Kelantan nak dapat pekerjaan sampai mati kebuluran. Sebab itu mereka berhijrah ke negeri lain yang diperintah BN.

Kenapa tidak di Kelantan...? Tak ada peluang kerja sebab kerajaan PAS tidak tahu mewujudkan pelung kerja.

Pemerintahaan di Kelantan yang mundur salah kumpulan yang kononnya tuan guru, tetapi banyak berbohong, fatwa bohong... Saya ingat dia dah nyanyuk...!

Saya ni umur 87. Dia 82 nak berdiri tak boleh, tapi nak bertanding sampai bila-bila. Suruh kita tukar, tukarlah diri kau dulu....!

Saya dengar kononnya calon PAS,Husam nak berdebat dengan saya. Siapa dia Husam...?

Umur saya dengan dia, dia masih lagi budak-budak berdebatlah dengan kawan-kawan kau yang sama umur....

Jangan cabar-cabar, nak jawab saya pun tak boleh....!

Kita telah bangunkan Putrajaya bagi pemerintahan negara. Ramai yang mahu meniru, membina bandar-bandar pentadbiran. Bukan kita tiru orang. Orang tiru kita.

Dulu Singapura takda F1 dia tiru kita. Semua kita buat orang tiru...!

Kelantan nak tiru kita tapi tak mampu.... Besar niat nak jadi kerajaan Federal. Perintahlah Kelantan baik-baik barulah ada angan-angan nak perintah.

Bagi 5 tahun di Kedah tak ada apa-apa di Kedah. Cakap sahaja tapi tak buat apa-apa. Berkelahi sesama mereka.

Yang mula buat Pakatan ialah Anwar dia mahu jadi PM. Penipu besar....! Hadi pun nak jadi PM.

Anwar kaki tipu. Dia tipu saya....

Saya nampak dia warak boleh jadi imam. Khutbah dalam mesjid. Kita ingat betullah dia baik. Masuk UMNO boleh bawa unsur Islam. Saya pun bodoh sikit. Saya nampak permukaan sahaja.




Nampak jangut sikit.... Kaki penipu besar.....!!

Dia sepatutnya masuk PAS. Cakap macam PAS.... Kawan dengan Fadhil. 1982 saya dapat maklumat Anwar nak masuk UMNO, saya teruja jugak, bagus.

Saya terima, 10 tahun kemudian baru saya sedar kalau dia masuk PAS tak boleh jadi PM. Yang biasa jadi PM ialah UMNO. Kalau masuk PAS tak adalah peluang.

Masa Anwar jadi TPM, dia tunggu bila saya nak letak jawatan dia tunggu.... Saya sakit bedah jantung dan sihat. Dia dok tunggu bila saya nak pi....

Dia cucuk orang-orang dia kata saya ada kroni. Selain nak jadi PM, dia ada niat lain yang kita tak boleh benarkan. Orang macam ni tak boleh jadi PM. 

Bilik PM tu besar. Ada pegawai-pegawai masuk. Pegawai muda, saya takut apa akan jadi pada pegawai dia. Driver dia pun tak selamat....!

Ada pegawai-pegawai yang comel. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada. Kalau dia jadi PM habis rosak....!

Sebab tu saya tanya kawan dalam UMNO dan mereka kata buang sahaja Anwar.

Inilah Anwar yang mahu saya mati. Cari la jalan lain. Ada cara lain. Ini niat tak baik.... Inilah orang yang bercita-cita nak jadi PM.

Nak jadi PM tak perlu berhempas pulas pun boleh jadi PM. Tunku pun tak tahu. Tiba-tiba jadi Preisden UMNO dan jadi PM.

Saya pun tak ada harapan nak jadi PM. Fikirkanlah, saya dulu jual goreng pisang. Tak mungkin jadi PM tapi akhirnya jadi....

Ini dia hentam semua orang, sebab nak jadi PM. Orang seperti ini tidak layak jadi PM.

Masa dia jadi TPM rosak semua. Ini satu-satunya orang yang gila-gila nak jadi PM.

Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali....!

Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya..? Orang buat elok-elok baru bak balaih.

Kita tak boleh percaya orang macam ini. Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. 

Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kual ninyak kelapa dah pandai barulah jadi PM.

Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu....!

Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelantan, selepas itu baru boleh minta kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat.

Saya tahu rata-rata penduduk Putarajaya mahu kekalkan tempat ini ditadbir oleh kerajaan yang bersih, cekap dan amanah....

Kredit : Utusan Online

No comments:

Post a Comment