Jawatan ini menjadi rebutan dan hanya baru-baru ini dibuka dan didedahkan untuk semua sebab biasanya KRONI dan Anak Cucu mereka diam-diam sapu semua. Kenapa jawatan ini HANGAT, PANAS dan TERHEBAT???
1. GAJI LUMAYAN kerana kerja sikit tapi imbuhan sungguh masyuk dan terdapat jaminan bayaran sebab dibayar oleh kerajaan PKR Selangor
2. MASA DEPAN terjamin sebab dinaungi sebagai "staf" kerajaan PKR Selangor
3. KEMUDAHAN banyak sekali sebab ada akses kepada orang "besar" dan "berpangkat" dalam kerajaan PKR Selangor
4. HANGAT dan HEBAT sebab ramai yang berebut jawatan ini tapi hanya yang "special" dan "terpilih" layak
5. PELUANG NAIK PANGKAT sangat cerah sebab lagi banyak "hit" lagi cerah peluang promotion bukan susah pun tulis je benda merapu, tak betul dan bohong yang penting "syok" baca... mudah bukan!
6. PANGKAT TINGGI melangit sebab dengan jawatan ini anda boleh maki hamun, fitnah, buat cerita bohong, menipu, palsukan bukti, kafirkan org lain, pengaruh orang langgar undang-undang dan sebagainya... sampai kalimah Allah pun boleh BAGI dan GADAI pada bukan ISLAM.
BUKTINYA MEREKA INI DIBAYAR DAN MASYUK!
Untuk bantu anda masa interview... kami pecah rahsia inilah BAKAL BOS ANDA
Anda wajib baca ya... MAKLUMAT pekerjaan serta TESTIMONI disamping akuan PEKERJAAN mereka yang terpilih... HEBAT!
12 orang blogger pakatan DAP-PKR-PAS
menerima RM3,000 sebulan, jumlah keseluruhan RM36,000. Ada diantara
blogger yang dibayar menggunakan duit rakyat menerusi Selangor State
Fund. Ini bukti kerajaan negeri di bawah
pimpinan Khalid Ibrahim salah gunakan duit rakyat untuk membayar blogger
bagi tujuan politik. Berikut pendedahan yang dibuat oleh blogger
berikut (sumber blog).
Ini bermakna dalam setahun sejumlah
RM432,000 dibayar untuk blogger blogger terbabit. Sekiranya dijumlah
sejak 2008 lagi, Khalid Ibrahim dipercayai sudah membayar sejumlah
RM1,728,000 kepada blogger blogger pembangkang. Hampir RM2 juta
dihabiskan untuk membayar blogger.
Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan
kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 17,280 orang
ibu tunggal boleh mendapat manfaat.
Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan
kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 1,728 orang
anak negeri Selangor yang baru masuk ke universiti bakal mendapat
RM1,000 seorang.
Namun Khalid Ibrahim tidak mahu
menunaikan janji tersebut biarpun mampu. 1,728 orang pelajar itu masih
diminta meminjam dengan PTPTN untuk meneruskan pengajian dan cita cita
mereka. Khalid Ibrahim lebih sanggup gunakan duit rakyat untuk bayar blogger berbanding menunaikan janji manifestonya kepada rakyat.
jahat, jahat, jahat sungguh khalid brahim. bukan soal berapa bayaran utk bloger2 tu, tp dari mana sumber duit utk bayaran tersebut. kalau betul, memang sialan!!!
ReplyDeleteSalam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com .. Blog Tuan sudah pun dipautkan di Blog MMI.Terimakasih.
ReplyDeleteSalam Perjuangan, hebat penulis tuan penuh api membakar bumi...kira dapat pautkan blog besorsebelah di blog tuan..blog tuan sudah dipautkan..tkasih
ReplyDelete