Walhal Pemimpin UMNO tetap berusaha menjadi rakan dan berbuat baik kepada pemimpin PAS yang dibuktikan menerusi pelbagai peristiwa... antaranya sewaktu musibah atau kematian melibatkan pemimpin PAS... pemimpin UMNO segera menghulur tangan membantu, melakukan ziarah dan segala bantuan termampu atas kapasiti persaudaraan sesama ISLAM...
RAHSIA DIDEDAHKAN
"DS Najib Razak antara menteri yang hadir paling awal semasa kematian Ust. Fadzil Noor rahimahullaah. Beliau tanya apa yang boleh kerajaan bantu. Lalu diminta ambulan untuk dihantar jenazah ke Kedah. Beliau terus membuat panggilan telefon mengarahkan disiapkan sebuah pesawat TUDM untuk menghantar jenazah pulang ke Kedah. Begitu juga Tun Abdullah Badawi juga masuk ke dalam van jenazah..."
Lalu Ustaz Nasha menyimpulkan satu konklusi perpaduan:
"Sampai bila nak bersatu? Takkan nak tunggu mati baru nak bersatu? Takkan nak tunggu negara pecah belah baru nak bersatu? Masa tengah tenang nilah kita bersatu..."
Atau sepertimana yang diungkapkan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa. (Soal Jawab TV3, 6 Februari 2013)
Apa kiranya tiada lagi ruang buat ummah melihat penyatuan ini??? Jika itu berlaku... seluruh umat Islam di malaysia yang dahagakan penyatuan UMMAH ini akan menuntut sebab kenapa PAS menolak usaha penyatuan UMMAH dari pemimpin PAS yang dikatakan ULAMA dan ISLAMIK sangat tu... dihadapan ALLAH Azzawajalla di akhirat nanti...
Ingatlah Hadi Awang, Nik Aziz dan seluruh kepimpinan PAS serta ahli... kami akan tuntut dan kemukakan dihadapan ALLAH SWT untuk KALIAN menanggung segala DOSA nanti jika disebabkan kegagalan penyatuan UMMAH angkara KEEGOAN PAS umat ISLAM di malaysia MUSNAH, DITINDAS dan MELARAT hingga syiar ISLAM menjadi malap mengakibatkan anak cucu dan generasi akan datang kami hanyut dan merana...
TIDAKKAH SELURUH AHLI PAS TAHU BAHAWA USAHA PENYATUAN UMMAH YAKNI KERJASAMA UMNO dan PAS telah dirintis sejak DAHULU LAGI oleh ALMARHUM DATO' FADZIL NOR dan USTAZ NASHARUDIN MAT ISA SELAKU ANAK DIDIK ALMARHUM CUBA MENERUSKAN USAHA PENYATUAN UMMAH INI.
BUKTI: ISU PALESTIN SEBAGAI PERMULAAN PENYATUAN
Perpaduan Ummah
Pada 8 Mei 2002, Perdana Menteri
Malaysia ketika itu, Dato’ Dr. Seri Mahathir Mohamad (kini Tun) yang juga
merupakan Presiden UMNO telah dipertemukan dengan Almarhum Dato’ Fadzil Nor
(Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen ketika itu) di Balai Tun
Syed Nasir, DBP.
Majlis yang turut dihadiri oleh
Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini
Tun) dan Timbalan Presiden PAS ketika itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ini
disaksikan di secara langsung di seluruh negara.
Program ini adalah suatu
peristiwa penting dalam sejarah politik negara kita. Ianya mendapat liputan
secara langsung oleh RTM. Program penuh gemilang ini antara lain ialah hasil
usaha Presiden ABIM ketika itu, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan
(Allahyarham) Dato’ Rahim Bakar, ketika itu adalah Pengerusi Dewan Bahasa &
Pustaka.
INGATKAH SELURUH AHLI PAS PESANAN ALMARHUM DATO' FADZIL NOR INI???
http://kerisputera.blogspot.com
PAS sekarang tak macam zaman almarhum Fadzil Nor... UMNO dan PAS boleh bergabung soal ISLAM... sekarang ISLAM itu umpama HAK PAS, DAP dan PKR semata-mata... org lain semua tak ISLAM... sampai sanggup kata pemimpin DAP lebih faham Islam dari org UMNO dan benarkan KAFIR HARBI laknatullah permainkan dan baca ayat AL-QURAN secara terpesong... PAS semakin SESAT!
ReplyDeleteAku tak setuju... PAS tak boleh bergabung dengan UMNO... SBB nanti UMNO terpengaruh jadi sesat MACAM PAS JUGAK...
ReplyDeleteBiar je PAS ke lautttt!
Tak payah takut Pas bergabung dengan DAP dan PKR. Mana ada gabungan yang Pas sertai akan berkekalan dan tahan lama. Pas menyertai BN pada zaman Tun Razak, kemudian dipecat keluar, kemudian menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46), Berjasa, Hamim dan KIMMA. Apabila S46 dibubarkan dan ahli-ahlinya berpecah dengan sebahagian besar menyertai UMNO, dan sebahagian kecil menyertai Pas, APU pun berkubur. Selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM Malaysia, Pas menyertai pula Barisan Alternatif, sebaik DAP keluar Barisan Alternatif, Barisan Alternatif pun berkubur. Pakatan Rakyat yang ada sekarang pun tak akan bertahan lama, dan Pas sekali lagi tidak akan ada rakan perikatan (alliance member) dan kembali berjuang bersendirian seperti pada masa-masa yang lalu. Walhasil,... ialah - balik kepada asal!!! (kerana itulah cara Pas)
ReplyDeletePAS perlu pusingkan badan 360 darjah... bodoh betul kalau terus rela diperkuda DAP dan PKR... sekarang UMNO dah nampak "bertaubat"... so kenapa tak sambut tangan yang dihulurkan??? Nabi pun Ampunkan UMMAT... sedangkan ALLAH pun MAHA pemaaf... apa dosa UMNO sampai PAS lebih dari NABI dan ALLAH mahu terus menerus bermusuhan dengan insan yang sama sama ISLAM dan MELAYU???
ReplyDeleteJelas sekarang siapa yang EGO dan PENGKHIANAT sebenarnya...
aku sekarang sedang buat penyelidikan tentang kedua2 parti.akhirnya aku sudah buat pilihan dan inshaa allah ini memang keputusan yang tepat. dan setelah aku melihat blog ini aku sedar memang betullah apa yang dikatakan.so aku pilih untuk pm kite dato najib razak sebagai ketua pembangkang.terima kasih
ReplyDelete