Thursday, February 7, 2013

KANTOI! PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA PENDATANG DI SABAH TERBUKTI SURAT PALSU DAN PENIPUAN DI DALANGI PEMBANGKANG

Nampaknya puak-puak Pakatan Haram ini tidak pernah puas kalau mereka tidak menipu sehari dalam hidup mereka, seolah-oleh menipu itu merupakan satu “makanan ruji” yang wajib mereka lakukan.

Kalau tak menipu, bukan Pakatan Haram namanya, bukan?

  Ini Muka Pembohong, Penipu dan Kaki Putar Alam
 
 
Begitulah yang terjadi mengenai fitnah Pakatan Haram yang cuba menabur persepsi jahat dengan menuduh Kerajaan BN mengarahkan agar kad-kad pengenalan yang tidak dituntut di bawa ke Sabah untuk diberikan kepada pendatang tanpa izin untuk mengundi BN.

Antara mereka yang bertanggungjawab menyemai syubhah fitnah itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, dan portal yang tidak serik-serik disaman, portal pro-Pakatan Haram, Malaysiakini.com.

Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah telah mendedahkan bahawa terdapat lima fakta yang sangat meragukan dari sekeping surat pekeliling yang dicanang keliling kampung oleh Mahfuz dan Malaysiakini.

Kononnya, surat tersebut merupakan bukti sahih, berkreadibiliti dan ampuh! Padahal, surat itu terbukti palsu, sama palsunya dengan fitnah yang ditohmah Mahfuz dan portal yang gemar menyiarkan cerita-cerita karut marut itu.

1. Menurut Datuk Jariah, kepala surat pada dokumen itu sangat meragukan kerana ia jelas menggunakan alamat dari Bahagian Pengurusan IT dan komunikasi. Apa ke jadahnya Bahagian Pengurusan IT dan Komunikasi yang beri arahan begitu? Pelik bukan?

2. Mengejutkan lagi, beliau menegaskan bahawa tajuk nombor rujukan yg digunakan pada surat ditangan Mahfuz itu tertera kod “JPN.MK.(S)” dan ia dikenalpasti bukan nombor rujukan arahan Jabatan berkaitan.

3. Tambahan pula, arahan Jabatan Bil.14/2012 juga sebenarnya tidak wujud sebagaimana yang tertulis di atas surat itu dan bukti menunjukkan bahawa arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah “Arahan Bil.10/2012” yang melibatkan mengenai “Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007”

4. Selain itu, Arahan Jabatan di dalam surat itu juga tidak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sebarang catatan “bagi pihak” sebagaimana kebiasaannya.

5. Dan keraguan juga dikesan apabila cetakan nama kementerian yang terletak di kaki surat tersebut merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri!

Peliknya, siapa sebenarnya yang membuat onar mereka-reka surat palsu itu? Saya yakin, pihak Kerajaan BN tidak pernah terfikir untuk melakukan fitnah bodoh sebegitu melainkan puak-puak Pakatan Haram.

Antara standard modus operandi mereka ialah mencipta “bukti palsu”, menuduh kerajaan BN dengan fitnah jahat dan mereka mendesak para pemimpin BN untuk menjawab segala tohmahan yang mereka lakukan.

Skrip fitnah mereka sudah boleh dihafal memandangkan sudah ramai pemimpin BN yang sudah menjadi mangsa tohmahan jahat puak-puak Pakatan Haram ini, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Seri Najib dikaitkan dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan Datin Seri Rosmah pula dikaitkan dengan isu cincin berlian. Walaupun dah berkali-kali melafazkan sumpah dengan bersaksikan Allah, puak-puak Pakatan Haram tetap meneruskan fitnah tersebut dengan bangga!

Mungkin itulah nasibnya bila menjadi pemimpin kerajaan di akhir zaman. Para pemimpin yang bersih pun akan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan palsu demi memuaskan nafsu mengejar kuasa politik di dunia.

Orang Islam yang sepatutnya bersatu, telah dipisahkan kerana fahaman politik singkat. Kononnya, bersahabat dengan syaitan pun “dihalalkan” demi menjatuhkan BN. Malah mereka lebih sanggup bersekutu dengan “syaitan-syaitan” pula. Islam ajar begitu, kah?

MYKMU

No comments:

Post a Comment