Thursday, January 31, 2013

SELEPAS HASAN ALI DISINGKIRKAN KINI BERMULA GILIRAN NASHARUDIN MAT ISA BERMULA DENGAN DIPECAT DARI MAJLIS SYURA PAS



PAS susah hilang hala tuju dan jati diri SEBENAR malah PAS kini dilihat dikawal oleh "tangan ghaib" menerusi proksi ANWARIS di dalam PAS yang menyebabkan PAS sekarang menjadi boneka DAP dan PKR buktinya segala keputusan walaupun membelakangi ISLAM PAS tunduk akur dan rela mengikut tanpa bantahan...


Malah seorang demi seorang pemimpin PAS yang menentang keputusan kumpulan ANWARIS satu persatu dipecat dan ditumbangkan dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal... walaupun penentangan itu demi membela ISLAM dan prinsip PAS itu sendiri.

Selepas pelbagai spekulasi timbul 2-3 bulan ini... Akhirnya Ustaz Nasha di pecat dari keahlian dari Majlis Syura. Malah beliau sekarang menjadi ahli biasa Pas. Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.



Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura. Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut. Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP. Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam. - Agendadaily






Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang. Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin. Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin. Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO. Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecil Manik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS. 


Penulis tabik hormat pada Utz Nasha sbb tetap "cool" spt biasa dan menegaskan perjuangan demi ISLAM akan tetap diteruskan walau TIDAK berjawatan kerana segalanya adalah kerana ALLAH SWT bukan kerana parti atau jawatan.

PAS rela membuang PERMATA bersinar yang berjuang demi ISLAM dan sebaliknya memilih TAHI BUSUK demi mengikut telunjuk KAFIR HARBI DAP dan Penyokong Pluralisme PKR.

JOM tinggalkan PAS berhenti sokong PAS dan bersyubahat dengan PKR serta DAP yang mahu menghancurkan ISLAM.

Kepada ALLAH Berserah.  

Berita Lanjut  
Nasha Ikut Najib Dihina,Dicaci dan Dipecat-Nik Aziz Sambut Hari Jadi Bersama Karpal Dipuja dan Dijulang
CUBAAN POK NIK ALIH ISU KALIMAH ALLAH GAGAL...GILO MUNG !
NASARUDIN TELAH DIPECAT..ALASAN TAK DATANG MESYURAT !
 Nasharuddin Mat Isa Sah Tidak Akan Bertanding Atas Tiket PAS Lagi

No comments:

Post a Comment