Monday, December 3, 2012

DEMAM DALAM KEPUASAN 2-0 HARIMAU MALAYA BAHAM GARUDA

2 hari tak bangun demam akibat penangan hujan he he he... tapi puas hati Harimau Malaya terus mengaum dan membaham Sang Garuda SOMBONG hingga tersungkur menjunam ke bumi.
Syabas sebab layak namun berdepan dengan Thailand bukan mudah... Harimau Malaya WAJIB mempamerkan aksi bertenaga seperti menentang LAOS digabungkan dengan aksi penyudah serangan mantap semasa berdepan INDON.
KELEMAHAN

1. Bahagian tengah masih ditahap BIASA dan gagal menyerlah untuk mempamerkan penguasaan seterusnya mencorakkan serangan. Semasa bertahan juga Bahagian Tengah nampak lambat utk bertindak... mengekang serangan terutama menyambut hantaran "clearance" dari pertahanan negara... PERBAIKI CEPAT!

2. Bahagian Serangan pula kita tidak tahu dimana silapnya 2 stiker terbaik negara gagal melakukan penyudah dan jaringan... alasan dirantai pemain pertahanan lawan tidak dapat diterima dalam era bola sepak moden... SESUATU KENA DILAKUKAN

3. Kesilapan BODOH... pastikan pertahanan dan bahagian tengah tidak melakukan kesilapan bodoh seperti bola dirampas lawan TIBA-TIBA akibat hilang fokus ketika dalam kawalan atau hantaran yang dipintas serta tidak sampai yang membuka peluang kepada lawan... KENA BANYAK MAKAN VITEGEN ha ha ha

THAILAND

Peluang menundukkan Thailand amat cerah jika segalanya menjadi dan kita bermain dengan rentak kita sendiri... bahagian tengah dan sayap thailand amat licik dengan hantaran 1-2 dan hantaran lintang mengelirukan... Bahagian Pertahanan harus WASPADA... kita mampu menembusi pertahanan Thai dengan hantaran 1-2 dari bahagian sayap dan percubaan luar petak penalti... HARAP SAFEE mempamerkan kelicikan dan aksi mantop nanti...

Sebagai Pemain ke 12 Harimau Malaya kami ULTRAS MALAYA akan turun memberikan sokongan padu... kita tumbangkan GAJAH PUTIH selepas ini... TERUSKAN PERJUANGAN!

No comments:

Post a Comment