Friday, November 16, 2012

SOAL MURTAD NURUL IZZAH BAGI PAS PERKARA KECIL DAN BIASA SAJA : APAKAH PAS LEBIH TAKUT ANWAR DARI ALLAH SWT


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya. KOMEN : Bukan salah besar ke keluarkan kenyataan yang bertentangan dengan "hukum ISLAM" yang ditetapkan ALLAH SWT malah kenyataan Nurul Izzah itu menyokong usaha memudahkan umat Islam keluar dari Islam atas nama kebebasan Agama atau MURTAD. Malah Nurul Izzah mentafsir ayat Al-Quran secara salah dengan memutar belit tafsiran konon Al-Quran dan Islam juga membenarakan MURTAD! itu bukan salah besar ke????

KOMEN : Apakah perjuangan ISLAM itu hanya dengan masuk PAS??? betulkah PAS perjuangkan ISLAM??? padahal muktahir ini PAS cenderung sokong dan halalkan usaha Kristianisasi dan mengikut telunjuk DAP hingga ISLAM boleh di gadaikan... rasanya bukan Harussani yang perlu bertaubat... Harun Taib yang perlu bertaubat dan tinggalkan PAS yang sudah jauh terpesong dari ISLAM sebenar...

Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini. KOMEN : Mana salahnya teguran Dato' Harussani itu??? Sebagai manusia jika buat salah mengaku sajalah dan minta maaf serta menarik balik kenyataan dan memperbetulkan semula agar masyarakat tidak terkeliru. Sebaliknya Nurul Izzah putar belit kenyataan siap nak saman bukan kah mempamerkan  KEBODOHAN dia untuk menidakkan kebenaran...

Bagaimanapun, Harun berkata pihaknya "tidak mengambil berat" perkara tersebut dan menganggap "itu perkara biasa sahaja" kerana menurut Harun, Nurul Izzah buat kenyataan mengenai kebebasan agama itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa. KOMEN: Soal beri tafsiran salah pada ayat Al-Quran dan kenyataan yang menyokong MURTAD atas nama kebebasan agama dianggap PAS dan Harun Taib "itu perkara biasa sahaja" dan "tidak mengambil berat" terbukti PAS berbohong dan tidak memperjuangkan Islam sebenarnya...

Didesak wartawan supaya beliau menyatakan pendirian dewan dengan lebih jelas, Harun dengan tegas menyatakan: "Saya tidak mahu bicara pasal Nurul Izzah, perkara kecil. Banyak lagi perkara pasal Mahathir buat, yang Najib buat. Saya akan jawab." KOMEN :  soal MURTAD dan Islam plurisme menerusi nurul Izzah adalah perkara kecil bagi PAS dan Harun Taib... malah Harun Taib lebih berminat mahu memberikan komen untuk mengenakan Mahathir dan Najib...  Kalau ini lah rupanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) baik kita tukar je Harun Taib dengan Nasharuddin Mat Isa... baru maruah ISLAM terbela dan PAS kembali kelandasan Islam yang sebenar!

SUMBER http://www.malaysiakini.com/news/214262



Ini lah baru dikatakan anak jantan... bukan asyik sibuk memanjang menjilat dan menghidu bontot dan babi DAP dan PKR... PAS kini lebih takut Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang serta Karpal berbanding Allah SWT...


No comments:

Post a Comment