Monday, October 15, 2012

TERBUKTI AKHIRNYA DAP MENGAKU AKAN BANTAH APA JUA BERKAITAN USAHA KE ARAH ISLAM

Kini terbukti DAP sudah mengaku terang terangan akan menentang dan membantah apa jua implimentasi menerusi pendekatan ISLAM sama ada undang-undang hudud atau apa-apa sahaja (KLIK) . Apakah PAS sudah buta bahawa DAP anti dan memusuhi ISLAM... DAP memperbodoh dan memperkudakan PAS sahaja selama ini dalam Pakatan Rakyat... 



cuba PAS tanya diri sendiri berapa banyak cadangan PAS untuk menegakkkan ISLAM diikuti dan dipersetujui PKR dan DAP yang akhirnya menjadi prinsip perjuangan dalam Pakatan Rakyat??? tiada bukan??? sebaliknya PAS dipaksa meninggalkan prinsip dan maruah meninggalkan ISLAM yang diperjuangkan semata-mata ARAHAN untuk mematuhi dan mengikut Persetujuan Pakatan Rakyat yang datangnya dari PKR LIBERAL dan KAFIR HARBI DAP... sampai bila PAS nak bersyubahat menjahanamkan ISLAM???

PAS tinggalkan lah DAP demi maruah dan jati diri perjuangan ISLAM sebenar!




DAP Kedah bantah iklan sopan

ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.

Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.

No comments:

Post a Comment