Wednesday, October 3, 2012

KHALID IBRAHIM MENGGELUPUR DAN MERACAU DOA ANAK YATIM DAN MISKIN YBK DIMAKBULKAN ALLAH

Semalam ANWAR Merapu dan Meroyan Sorang-Sorang di PARLIMEN kini giliran Khalid Ibrahim di Selangor pulak Menggelupur dan Meracau tak tentu hala... dengar khabar dia ada melawat tanah di Serendah, Hulu Selangor dan semasa di sana rasanya dia kena sampuk JIN IFRIT penghuni kawasan tu sebab main rampas tanah dan sesuka hati masuk kawasan orang... Yelah tanah tu milik YBK tiba-tiba kerajaan selangor di bawah Khalid Ibrahim main rampas je tanah tu... nah! sekarang mahkamah putuskan tanah tu tetap milik YBK... 


Siap ugut minta lantik dia jadi pengerusi YBK baru dipertimbangkan hak kepada tanah... tapi Allah maha kuasa... rintihan anak yatim dan golongan miskin di makbulkan ALLAH... sememangnya janji ALLAH bahawa kebatilan akan tewas jua dengan kebenaran...


Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapat kembali hak 318.8 hektar tanah di Serendah, Hulu Selangor selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tindakan Kerajaan Negeri Selangor memulangkan cukai tanah dan merampas tanah tersebut sebelum ini tidak sah di sisi undang-undang.

Hari ini, pada 2.10.2012 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan rayuan PYBK dibenarkan dengan kos dalam kes tanah di Serendah dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah kepunyaan PYBK di Serendah adalah TIDAK SAH

Tindakan Kerajaan Selangor melucuthakkan 4 blok tanah dan mengembalikan semula bayaran cukai tanah adalah SALAH dari segi undang-undang.

BACA BERITA PENUH (klik)

No comments:

Post a Comment