Friday, October 5, 2012

KHALID IBRAHIM BAKAL DISINGKIR JAWATAN MENTERI BESAR UNTUK TUTUP PENYELEWENGAN BAS MEWAH DAN LORI SAMPAH

Sekarang digelar Khalid "GAGAP" lepas ni digelar Khalid "BAS" pulak sebab beliau terkantoi konon nak ampu ANWAR sediakan BAS MEWAH selaras dengan "nasihat" dari KONSULTAN ENDORGAN (klik). Bas ni memang MAHAL harganya sekitar RM 900,000.00 memang sah PKR banyak duit...

1. Mulanya Kata BAS MEWAH ini adalah DISEWA. Bila timbul isu mana dapat duit sewa bas??? adakah guna duit Kerajaan Selangor Si Khalid  "BAS" menafikan
Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.


Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR  


Dipetik dari : Blog Anwar Ibrahim
baca FAKTA dan BUKTI

2. Bila Khalid "BAS" kata BAS MEWAH ini di "SEWA" untuk 6 Bulan KANTOI pulak sebab pemilik BAS MEWAH ini adalah Khalid "BAS" sendiri. Macam mana sewa dan bayar pulak kepada diri sendiri???
Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.

Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
  • No Pendaftaran : BLU 8779
  • No Enjin : M61HA800001
  • Pembuat : Dong Feng
  • Tarikh Daftar : 03 September 2012
  • Kegunaan : Persendirian
  • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim
Dipetik dari : Sel13


3. Bila BAS MEWAH ini terbukti MILIK Khalid "BAS" mana pulak dia dapat duit RM 900,000.00 untuk beli BAS MEWAH ini. Sebab Khalid "BAS" telah disenarai hitam oleh institusi kewangan kerana KES PINJAMAN TAK BERBAYAR di Bank Islam dan disaman di mahkamah. HABIS MANA Khalid "BAS" dapat duit banyak-banyak?

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/09/REPORT-BAS-PKR-4.jpg

4. Khalid "BAS" kena MENGEMUKAKAN BUKTI dan menjawab soalan wanita UMNO ini (klik)

“Kita ingin bertanya kepada Khalid, adakah bas tersebut sebenarnya dibeli dan harganya diserap ke dalam harga lori sampah yang dibeli kerajaan Selangor?

ATAU
 
“adakah bas itu dibeli dengan harga murah sebagai balasan kerana kerajaan Selangor telah membeli 50 unit lori sampah dari pengeluar yang sama?

ATAU
 
bas itu sebenarnya dimiliki secara percuma sebagai balasan kerana kerajaan Selangor telah membeli lori sampah yang ketinggalan zaman untuk syarikat penjual menghabiskan stok?

“Jadi yang mana satu, kita minta Khalid jawab dan selesaikan persoalan ini,” katanya.


PERSOALAN DAN FAKTA BERKAITAN 

Terdahulu, kerajaan Selangor membuat pengumuman untuk membeli 50 unit lori kompaktor yang berharga RM14.5 juta yang dipesan dari negara China secara pemasangan komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang Selangor – Intercoach Sdn Bhd. Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos yang lepas juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama. Bas tersebut juga dari jenama Dong Feng , pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor.

Susulan daripada pembelian lori serta penggunaan bas mewah terbabit difahamkan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR dimana bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.

Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara. Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

BACA : Rahsia Yang Tersirat Di Sebalik Pembelian Lori Kompaktor Oleh Kerajaan Selangor Dengan Bas Mewah PKR


INSAFLAH semua... JOM TOLAK!  Berhenti Sokong dan Undi Pakatan Rakyat Demi Masa Depan Rakyat!

No comments:

Post a Comment