Thursday, October 11, 2012

DEMI KUASA PAS SANGGUP SABOTAJ TABUNG HAJI DAN MEMPERJUDI NASIB JEMAAH HAJI

PAS tidak berhenti menyusahkan Jemaah Haji dengan tindakan SABOTAJ semata-mata demi KUASA tanpa memikirkan nasib dan kebajikan Jemaah Haji. 

Bermula dengan tindakan Ahli PAS (1) Berdemo BERSIH di Mekah dan Madinah yang hampir menyebabkan Malaysia mendapat kuota jemaah haji sedikit, kemudian PAS (2) minta Jemaah Haji menangguhkan menunaikan Haji semata-mata sebab nak pilihanraya tanpa memikirkan peluang dan nasib jemaah selepas itu (klik) dan yang terbaru PAS (3) menyerang CEO Tabung Haji yang terbukti cekap dan hebat menguruskan tabung haji hingga mampu mengekalkan jumlah subsidi terhadap tambang haji dan membawa keuntungan berbillion ringgit kepa Tabung Haji hingga Tabung haji mampu memberikan dividen yang tinggi.


BACA FAKTA

1. Saya setuju CEO Tabung Haji dibayar tinggi setimpal dengan usaha beliau "memperkasa" dan mengurus Tabung Haji dengan begitu baik sekali. Tabung Haji telah menunjukkan prestasi yang terbaik dan berjaya menterjemahkan aspirasi kerajaan so apa masalahnya???

2. Untuk pengetahuan CEO memang bergaji tinggi kerana diletakkan tanggungjawab besar dan menanggung segala macam risiko dalam menguruskan syarikat. Gaji yang tinggi juga bertujuan menarik CEO yang terbaik untuk berkhidmat dengan sesebuah syarikat akagar akhirnya hasil terbaik dapat dipamerkan. Lihat sahaja senarai di bawah ini sememangnya bukan satu kejanggalan CEO mendapat bayaran tinggi.

3. Contoh lihat sahaja kerajaan Pakatan Selangor yang menggaji Punaisihat Ekonomi Anwar Ibrahim dengan bergaji RM 1.00 sahaja maka hasilnya adalah RM 1.00 juga iaitu tiada apa penambahbaikan, hasil dan kejayaan yang dicapai.

4. Saya yakin jika Datuk Ismee Ismail keluar dari Tabung Haji tiada masalah bagi beliau untuk mendapat tempat bersama syarikat lain. Lihat sahaja pengalaman beliau ditambah dengan kejayaan menguruskan Tabung Haji saya pasti banyak syarikat besar bersedia menawarkan gaji lebih besar kepada beliau untuk menjadi peneraju.


KREDIT : RBF ONLINE

SAH! Pembangkang (Pakatan Rakyat) ketandusan ISU dan memiliki otak cacat kerana hanya tahu menabur fitnah dan mengetengahkan isu yang tidak releven yang akhirnya menyusahkan rakyat...

No comments:

Post a Comment