Friday, September 7, 2012

MAHASISWA ROSAK DILIWAT PAKATAN RAKYAT

Ramai lagi mahasiswa yang GAGAL dalam PENGAJIAN kerana TAKSUB dengan ideologi pembangkang yang menyemai KEBENCIAN TERHADAP KERAJAAN?


Bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara pada malam ambang merdeka baru-baru ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan biadab anaknya itu.

A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia juga berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memohon maaf secara peribadi.

Katanya, dia amat menyesali tindakan anaknya itu dan masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Hati saya seperti mahu luruh apabila mendapat tahu tentang perbuatan anak saya itu. Setahu saya, Muhammad Ammar tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.

"Mungkin dia terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya, dia lebih menumpukan masanya terhadap pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.

Muhammad Ammar bagaimanapun ditahan semalam untuk diambil keterangan manakala 10 individu lain masih diburu kerana kesalahan sama.

Menurut A. Rahman, polis memaklumkan anaknya itu dibebaskan kira-kira pukul 10 malam tadi namun sehingga 3 petang ini dia masih tidak dapat menghubungi Muhammad Ammar.

Dalam pada itu, dia turut menasihatkan anak muda lain tidak mudah terpengaruh dengan rakan- rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta masa depan sendiri.

Pada masa sama, A. Rahman memuji tindakan dan kerjasama semua pihak dalam menangani insiden itu dan berharap anaknya insaf serta mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.


LAGI MAHASISWA ROSAK KERANA PEMBANGKANG

Saya tidak pernah mengajar anak saya kurang ajar dan biadap kepada orang tua dan pemerintah apatah lagi kepada Sultan. Tetapi sejak anak saya belajar di Kolej di Selangor, perangai anak saya semakin berubah.

Dia sentiada bercakap kasar dengan saya, tidak hormatkan saya dan yang paling menyedih dia juga gagal meneruskan pengajiannya kerana sibuk menguruskan hal-hal politik. Sedangkan saya yang membayar pinjaman PTPTNnya.


Saya amat sedih terhadap apa yang berlaku kepada anak saya. Pembangkang telah merosakkan akhlak anak saya, rintihan daripada seorang bapa Kamruddin Mahmod 58 tahun terhadap bencana yang berlaku kepada anaknya Ahmad Shukri 22 tahun yang kini menjadi setiausaha Solidariti Mahasiswa Melayu sepenuh masa.


SMM ini ditubuhkan oleh parti PKR bagi melahirkan mahasiswa yang menentang kerajaan dan mereka ini dilatih khas oleh agen dari luar bagi mengetahui selok-belok untuk merampas negara secara kebebasan bersuara.


KEPADA IBU BAPA JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK ANDA DIROSAKKAN PAKATAN RAKYAT...


No comments:

Post a Comment