Tuesday, July 10, 2012

TAHNIAH PAS! MILITAN TAKSUB MATI SELEPAS DITEMBAK SERANG JPM DENGAN PARANG SAMURAI





Siapa sebenarnya yang mengamuk di Putrajaya itu? Beliau adalah Khalil Afandi Hamid, pengganggur berusia 47 tahun dari Petaling Jaya bersama pasanganya berusia 28 tahun, bekas pelajar UIA tumpas setelah mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.




 Mereka menceroboh bangunan JPM tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang. 
Apa pun belum apa-apa lagi, penyokong tegar pembangkang sudah menjadikan isu ini sebagai isu politik dan menuduh yang bukan bukan terhadap kerajaan. Berikut adalah komen seorang penyokong pembangkang di Malaysiakini.


Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.



Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. Lelaki tersebut mengaku dirinya adalah Imam Mahdi. Apakah motif sebenar serangan ini?

No comments:

Post a Comment