Thursday, July 26, 2012

PM DS NAJIB POPULAR DAN BN JADI PILIHAN : BETUL ATAU KENA TIPU???

Kami berpendapat data kajian yang didedahkan majlis profesor negara dalam Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di Kuala Lumpur pada 25 Julai 2012 tidak betul dan tidak menggambarkan keseluruhan realiti dan "mood" pengundi. 

Seronok memanglah seronok populariti PM DS Najib mencanak-canak naik ditayangkan pulak sidang media mendedahkan perkara itu di Saluran TV Utama. Baca artikel berikut :

Kajian : Populariti Dato Seri @NajibRazak Naik 76% Berbanding Anwar & Nik Aziz

69.6% Rakyat Yakin BN Akan Menang #PRU13


APA REALITI SEBENAR DI LUAR SANA???


Respon kajian hanya sekitar 1 hingga 15 ribu dan bilangan pengundi berdaftar adalah 13 Juta orang yang mana respondan hanya mewakili 0.12%. Budak sekolah pun tahu peratusan bilangan respondan sekecil itu tidak memberi makna besar dan ketepatan kajian itu AMAT DIRAGUI.

Mentang-mentanglah Majlis Profesor Negara jangan ingat apa yang mereka buat ni semua betul. Minta maaf lah kadang-kadang orang "pandai sangat ni " suka ampu terlebih, pandai gila kipas untuk jaga periuk nasi dan cakap memang pandai. Sedangkan secara realitinya dan praktikal hancus depa tak boleh buat. Buktinya berapa ramai pensyarah ekonomi or perniagaan ke tak reti berniaga dan tak kaya pun tapi ada PhD konon dalam ekonomi or bisnes soh meniaga hancus!.

Yang Penting! semua jentera dan gerakan perlu fokus bekerja. Jangan sebab berita kurang tepat macam ni kita jadi alpa konon boleh menang selesa PRU13 rupa-rupanya merupakan senjata psywar melemahkan kita.

Kepada PM DS Najib dan yang berkenaan baik rujuk agensi-agensi dan data UMNO yang lebih tepat dan diharap. Majlis Profesor saja nak UP aka BODEK PM tu untuk dapat dana lebih... konon bagi PM happy lah.. pigi dah! 

DATA Majlis Profesor

1. PM mendapat sokongan iaitu 75 peratus Melayu, 69.6 peratus Cina, 71 peratus India , 85.5 peratus Iban dan 84.4 peratus bagi Bumiputera Sabah Sarawak
NOTA : Kaum Cina Sokong BN/PM 69.6% biar betul! Bukan 38% je ke???
2. 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib
NOTA : 87.4 umur 21-60 sokong PM/BN kau buat soal selidik pada masa program UMNO or majlis PM bersama rakyat ke apa???

3.Dewan Undangan Negeri (DUN), 54.1 peratus responden akan memilih BN, 14.4 peratus (PAS), tiga peratus (PKR) dan selebihnya tidak pasti, 
NOTA : PKR 3% dan pas 14.4% lebih lagi tu kan??? pastu mana DAP??? sembunyi data sbb sokongan pada DAP mencanak terutama dari kaum cina.

4. Di peringkat Parlimen, 57 peratus memilih BN, 20.6 peratus (Pakatan Rakyat) dan 22.4 peratus tidak pasti," 
NOTA :Betul ka data ni??? semasa status populis BN sekitar 45 pakatan 30 dan atas pagar 25 mencanak ni ada makna ka???

KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR, KELANTAN, PERAK dan NEGERI SEMBILAN Kritikal sekarang ni... takkan pemantau dan ahli di ground satu malaysia bagi data tipu kot... and data majlis profesor lagi tepat... fikirla...

No comments:

Post a Comment