Thursday, July 26, 2012

KEBODOHAN NURUL IZZAH DAN PEMBANGKANG KENA BELASAH JADI PENGKHIANAT BOCOR RAHSIA KETENTERAAN NEGARA

1. Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah, saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM.

3. Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun, orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah.

4. Dari kaca mata saya, cerita yang dijaja bukan dibuat untuk kepentingan negara.

5. Kalau betul sayang negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya, ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang).

 Teruskan Baca Artikel

No comments:

Post a Comment