Monday, June 25, 2012

PEMIMPIN PAS INI HARAPAN PAKATAN RAKYAT MENERAJU NEGARA : JOMLAH UNDI PAKATAN RAKYAT KALAU BERANI!





Sinchew Daily News - Penganalisa politik Puan Tan Poh Choo (terjemah Mandarin) menyatakan tindakan Nizar, bekas Menteri Besar Perak mengkritik Sultan Johor dengan isu harga plet WWW1 berharga RM520,000 melalui “Twitter”nya kini telah merosakkan rancangan PRU PAS di negeri Johor.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nizar serta tindakan semua sekutu dalam Pakatan Rakyat menyokong penuh terhadap tindakan Nizar itu, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Pas Salahuddin berkata perkara itu adalah perkara kecil telah memburukan lagi peluang PR di Malaysia. Rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian berkaitan perkara itu. Sejak adanya perhimpunan kempen menyokong Sultan Johor pada minggu lepas, 

Jika dilihat perasaan orang ramai yang hadir semasa perhimpunan menyokong Sultan Johor ianya menunjukkan itu sudah bukan lagi satu perkara kecil-kecilan. Mungkin ada sesetengah orang anggap bazirkan RM520 ribu itu terlalu mahal, tetapi selepas Nizar membuat kritikan ia bertukar menjadi makna yang berlainan. Lebih ramai rakyat Johor anggap Nizar tidak setia kepada Sultan mereka dan Kerabat Sultan Johor.

Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahril anggap Nizar tidak tahu selama ini Sultan Johor banyak menabur kebajikan kepada rakyat dan orang ramai. Ramai rakyat Johor memang tahu bahawa Sultan Johor banyak membuat kebajikan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Sultan Johor memang sangat kaya raya, 

Almarhum Sultan Johor yang lepas semasa banjir besar di negeri Johor telah hulurkan bantuan  sebanyak RM1 juta ringgit kepada mangsa banjir. Pernah menghulurkan wang sebanyak RM1 juta ringgit kepada mangsa Tsunami di Aceh.

Ahli politik UMNO pernah menuduh Nizar seorang pembohong. Sebelum ini dalam ceramah politik beliau, Nizar menyatakan beliau dapat maklumat dari pasukan tentera DiRaja Malaysia, jika negeri Perak jatuh ke tangan pembangkang, Najib akan kerahkan tentera ambil alih kerajaan negeri Perak. 

Ketua angkatan tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menafikan berita-berita itu, beliau berkata pasukan tentera lebih profesional menjaga kedaulatan perlembagaan. Kini sudah 46 orang buat aduan polis berkatian perkara yang sama itu.

Nizar selalu membuat kritikan yang tidak berasas, terutama sekali beliau sering mengkritik Menteri Besar Perak yang sedia ada sekarang.

Beliau menuduh Menteri Besar Perak Dr. Zambry meluluskan projek perlombongan besi di Teluk Rubiah, menuduh projek tersebut melibatkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. 

Tetapi dalam mesyuarat sidang Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Perak Dr. Zambry telah tunjukkan sepucuk surat yang berkaitan, menunjukkan bahawa projek tersebut telah diluluskan semasa Nizar sedang memegang jawatan Menteri Besar Perak, ini satu lagi tamparan kuat ke muka serta memalukan ramai orang-orang yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.
 
PEMIMPIN MACAM NI PUN ADA ORANG NAK IKUT... NAK PILIH... JADI PEMIMPIN KITA? 
BIAR BETUL??? TAK ADA SANGAT ORANG LAIN KE NAK JADI PEMIMPIN?
TERUK SANGAT DAH NI... KALAU KUASAI NEGARA APA JADI DENGAN RAKYAT?
ANDA MASIH MAHU SOKONG DAN UNDI PAKATAN???


No comments:

Post a Comment