Friday, June 29, 2012

PANAS! KOS SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-4 PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH SELANGOR RM 1 JUTA

Pendedahan panas dalam kerajaan Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim Selangor!

Sila baca :
7 April 2012,  Kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor telah merayakan Ulangtahun ke-4  memerintah Selangor. Perayaan penuh mewah bernilai RM1 juta  itu  diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor.


Jumlah perbelanjaan RM1 juta dalam perbelanjaan sambutan empat tahun tersebut disahkan sendiri oleh beberapa pegawai dan kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Setiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.

Kem Azmin Ali tentunya tersenyum puas melihat satu lagi dokumen tentang pembaziran kem Khalid Ibrahim keluar untuk tatapan rakyat Selangor. Inilah yang dimahukan Azmin untuk menumbangkan terus Khalid dan Faekah secara sekali gus. seterusnya
Khalid Ibrahim disarankan agar menjawab kesahihan invois yang didedahkan oleh blogger Angin Perubahan ini dengan kadar segera.

1 comment:

  1. yang pasti, bukan khalid sorang saja yg salah, tapi majlis exco yang meluluskannya..khalid tak berseorangan dlm membuat keputusan baru kira logik kalau nak buat tuduhan.

    ReplyDelete