Nirvana Memorial Park Shah Alam di Seksyen 21 dikatakan terbinanya sebuah 'Tugu Pejuang Malaya Menentang Jepun' yang sebenarnya adalah Tugu Komunis. |
Sejak Selangor diperintah oleh pakatan haram, terdapat banyak perubahan yang berlaku di Shah Alam.
Lambakan
rumah urut dan pusat-pusat hiburan antara tarikan baru di kawasan yang
diwakili oleh ahli parlimen dari PAS iaitu Khalid Samad (MP Malas).
Adalah
pelik, fenomena 'menjahanamkan rakyat' itu wujud selepas Khalid Samad
yang juga Pesuruhjaya II PAS Selangor memenangi kerusi parlimen Shah
Alam pada PRU-12. Seorang yang menonjolkan dirinya sebagai orang alim
dan bijak menghentam kerajaan.
Tapi apa
yang berlaku sekarang? Shah Alam yang dulunya terpelihara dari segala
ancaman maksiat ketika diperintah oleh Barisan Nasional (BN)berubah
wajah ke lembah kehinaan yang maha dasyat!
Maksiat berleluasa! Jalan yang berlubang-lubang! Rumput
panjang macam jambang Khalid Samad! Hotel budget berleluasa! Tiada
aktiviti orang muda! Dan banyak lagi cerita buruk tentang Shah Alam yang
penulis malas nak cerita.
Warga Shah Alam! Itulah hadiah pakatan haram kepada kita!
Terbaru, penulis makin panas dengan penemuan yang memeranjatkan! Apa tidaknya, sebuah tugu komunis ditemui di Shah Alam?
Tugu
komunis itu ditemui terbina di Nirvana Memorial Park Shah Alam di
Seksyen 21 yang kecoh kerana pembinaannya mendapat bantahan penduduk di
Shah Alam.
Tapi suara rakyat, pakatan haram tidak mahu dengar. Kononnya itu kerja orang-orang UMNO.
Pembaca
sekalian, Nirvana Memorial Park Shah Alam dibina pada 2008 selepas
kerajaan Selangor diperintah pakatan haram. Memorial Park ini dibina dan
diuruskan oleh NV Multi yang turut menguruskan kebanyakkan Memorial
Park di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Pembaca boleh rujuk di laman web NVAsia (KLIK SINI)
Kita semua
tahu, bahawa Shah Alam adalah kawasan elit orang Melayu. Namun sejak
akhir-akhir ini ada gerakan dan usaha untuk mengubah geopolitik penduduk
di Shah Alam.
Menurut
sumber, penduduk kaum cina meningkat mendadak bilangannya. Orang cina
semakin ramai menetap di Shah Alam. Pusat komersial dan premis-premis
semuanya dimonopoli oleh mereka. Perubahan paling ketara ialah
taman-taman rekreasi di Shah Alam sudah macam taman-taman rekreasi di
Damansara dan Subang Jaya.
Tidak
ketinggalan, kondominium mewah yang harganya 300k ke atas dibina
berleluasa di Shah Alam. Untuk siapakah ini semua? Rata-rata orang
Melayu tidak mampu beli apalagi orang muda macam penulis.
Penulis
takut, satu hari nanti 'Tanah Melayu' tinggal nama sahaja. Orang Melayu
tidak boleh bangga lagi bahawa ini adalah tanah melayu, orang Melayu
yang punya. Ini kerana semua hartanah telah dimiliki dan dimonopoli oleh
orang cina.
Bukan penulis cuba bermain isu perkauman! Tapi hanya pelik kenapa semua ini berlaku selepas Selangor diperintah pakatan haram.
'91 pejuang-pejuang suci bangsa' itu tulisan yang dikatakan tertera pada Tugu yang dikatakan Tugu Komunis. Jadi komunis adalah pejuang suci bagi orang-orang cina? |
Maka tidak
hairanlah kenapa kerajaan pakatan haram tidak peduli tentang pembinaan
Tugu Komunis itu. Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pun menyokong komunis
dan menuduh pihak polis ketika zaman British sebagai 'anjing penjajah'.
Sekali lagi, fenomena kepelikan ini berlaku selepas pakatan haram menang besar pada PRU-12. Tidakkah rakyat sedar?
Adakah
rakyat tidak sedar hakikat ini? Tidakkah rakyat terfikir kesan fenomena
ini? Penulis menyeru kepada semua terutama penduduk di Shah Alam, kita
beri pengajaran kepada pakatan haram.
Kita pastikan pakatan haram kalah teruk pada PRU-13 kelak! Yang paling penting, kita bungkuskan Khalid Samad di Shah Alam!
Manusia yang menggunakan agama untuk kepentingan politiknya!
betul..kalau dulu shah alam bile sebut, komuniti melayu..cam best je dgr..tp skang dh ramai cina..tahniah penduduk selangor..undi la lagi..nk tegak kn syiar Islam?..mcm x je..tegakkan ideologi komunis ade la..
ReplyDelete