Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan
Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir
dengan kekecohan.
Penganjur ceramah UMNO sewajarnya tidak mempraktik politik lembut dan lembek kerana politik di Malaysia ketika ini terlalu berbeza. Pembangkang semakin bertindak ganas bila melihat UMNO terlalu lembut dan lembek.
Penganjur ceramah UMNO sewajarnya tidak mempraktik politik lembut dan lembek kerana politik di Malaysia ketika ini terlalu berbeza. Pembangkang semakin bertindak ganas bila melihat UMNO terlalu lembut dan lembek.
Kejadian serangan ke atas YB Zulkifli Nordin berlaku di Taman Petaling Perdana dalam program Debat Rakyat itu diserang oleh sekumpulan samseng yang dikenalpasti sebagai samseng upahan Anwar berkopiah putih ala Nik Aziz.
Salah seorang yang berkopiah putih dengan biadapnya menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun yang tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang Islam yang ketika dalam memakai kopiah putih.
Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan tetapi berlaku pergaduhan.
Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Samseng yang menimbulkan kekecohan tadi tidak puashati kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali seolah-olah dirasuk semacam mahu memukul Zulkifli Nordin.
Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.
Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.
Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu.
Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.
Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.
Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.
Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah.
UMNO perlu lebih aktif dan pro-aktif dalam politik masakini, jika tidak UMNO akan dipermainkan oleh samseng Anwar Ibrahim yang kini begitu agresif.
Sumber: KLPOS
Lagi Gambar Lain KLIK DISINI
TERUSKAN PERJUANGAN BANTUAN ALLAH BERSAMA-SAMA PIHAK YANG BENAR!
Barua2 kafir bodoh ni ingat Islam letaknya di serban;pakai kopiah,pakai serban ingat dah Islam habis dah.
ReplyDeleteIni ajaran songsang.Nabi tak diturunkan untuk membawa serban tapi untuk dicontohi akhlaknya.Akhlak bukan terletak pada serban.
Kita bukan anti serban tapi serban bukan keutamaan.Orang jahil memang selalu tertipu dengan penampilan.
Kenapa penganut2 pas barua ni marah sangat dengan zul nordin?Sebab pahit mendengar kebenaran?