Monday, June 4, 2012

HALAU SEDARA BEZA FAHAMAN POLITIK GAMBARAN KECIL KALAU PAKATAN PEMBANGKANG MENANG PILIHANRAYA

Kerajaan UMNO/BN memberikan bantuan sama adil kepada semua tidak kira penyokong dan pengundi BN, Pakatan, PAS, DAP atau UMNO semua akan dapat dengan syarat LAYAK menerima bantuan itu... tetapi lihat sahaja di negeri ditadbir Pembangkang seperti Kedah, Penang, Selangor, Kelantan dan Perak (dulu) perkara pertama selepas mereka mendapat kuasa adalah MENDAHULUKAN, MENGUTAMAKAN dan MEMASTIKAN penyokong, kroni, sanak saudara dan pengikut mereka mendapat HABUAN dan BANTUAN yang patut diagihkan dengan adil kepada semua...

Apa nasib kita rakyat biasa kalau Pakatan Rakyat MENANG dan MEMERINTAH Malaysia... alamat mereka akan MENGKRONIKAN SEGALANYA... bukan sahaja penyokong dan pengundi UMNO/BN akan disisihkan malahan Rakyat BIASA turut disisihkan demi mengutamakan KRONI mereka...


Realitinya dari pemimpin sampai penyokong mereka "taksub" dan bersikap "asobiyyah". Buktinya mereka (pengikut pembangkang) sanggup guna walau sekelumit kuasa dan hak yang ada untuk HALAU dan USIR saudara yang MISKIN, SUSAH dan DAIF kerana perbezaan fahaman politik... sikap tidak berperikemanusiaan, rasa bersalah dan berdosa mereka sanggup menganiaya saudara sendiri... Bayangkan kalau mereka memerintah Malaysia...

Cukuplah kita harus BERHENTI sokong dan UNDI Pakatan Rakyat!


INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan
keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok
semalam.
BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor
Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.


Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang
di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.

Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment