Tuesday, May 8, 2012

TAHNIAH SELANGOR SATU LAGI PROJEK MENJAHANAM MELAYU MEMPERKASA CINA

Laman Malaysia Today yang mirik sering mengkritik kerajaan telah membuat pendedahan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan tanah Yayasan Selangor.


Pada Mac 21hb, 2011, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Eli Wong telah memohon tanah kepunyaan Yayasan Selangor untuk dijadikan projek pelancongan Pusat kebuadayaan Cina di Klang. Permohonan tanah itu kepada Menteri Besar agak anih kerana yang dipohon bukan tanah kerajaan tetapi tanah kepunyaan Yayasan Selangor dibwah tanggungjawab Khalid sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan.

Tanah itu tidak pula ditawarkan untuk beli atau dimajukan bersama tetapi diminta diserahkan saja dengan percuma tanpa apa-apa tawaran kepada Yayasan. Bagaikan lelaki yang sudah termakan nasi kangkang, Khalid hanya menurut permintaan Eli Wong. Sebaik menerima surat itu keesokan hari pada Mac 22hb 2011, Khalid memberitahu Pengurus Besar Ilham Marzuki pada Mac 23hb bahawa perkara ini sudah dibincang dengan Lembaga dan terus diarahnya uruskan penyerahan tanah.

Tidak faham apa dimaksudkan dengan Lembaga, adakah Lembaga Pengarah Anak Syarikat Yayasan Selangor atau Lembaga Pemegang Amanah Yayasna Selangor. Mungkin dia baru sedar prosedurnya itu salah dan boleh membawa masaalah pada dirinya.

Pada Mac 23hb 2011, Khalid arahkan dalam nota dalam surat Eli Wong supaya dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Yayasan Selangor yang mungkin bermaksud Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.


Lanjutan dari itu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan juga dalam Malaysia Today satu lagi surat bertarikh Julai 12hb 2011 dari Yayasan Selangor kepada Pejabat Tanah Klang yang ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz

Surat ini menyatakan Yayasan Selangor tidak setuju tanah tersebut diserahkan kembali kepada pihak kerajaan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina yang kini telah ditukar nama kononnya demi justifikasi dan mengabur mata orang Melayu dan India menjadi Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India.
Dengan demikian, jelaskan Khalid Ibrahim berhasrat memaksa Yayasan Selangor menyerahkan balik tanah kepada kerajaan dengan membatalkan hakmilik tanah.

Cadangan Yayasan kepada pihak pejabat tanah adalah supaya diberi tanah ganti yang sama nilai atau diberi pampasan mengikut nilai tanah atau cadangkan usahasama dengan syarikat lain.Nampaknya cadangan terakhir menunjukkan Pusat Kebudayaan Cina yang dicadangkan kemungkinan mahu dibangunkan secara pengsawstaan atau melibatkan usahasama dengan pihak swasta. Jika demikian, kenapa pula Eli Wong yang menulis permohonan dan bukan permintaan itu datang dari syarikat swasta yang terlibat?

Adakah ianya satu skim dimana Eli Wong menyumbang kuasa dan pengaruh sebagai ADUN dan Exco berkenaan dan syarikat menyumbang modal? Jika demikian, adakah sumbangan Eli Wong itu untuk kepentingan kerajaan negeri atau pihak lain, termasuk mana tahu, Eli Wong sendiri secara peribadi?

Cara merampas tanah tanpa pampasan atau cara menipu pihak terlibat dengan membuat ‘transfer’ (penukaran) hakmilik balik pada kerajaan tanpa diketahui pihak terlibat merupakan salah satu amalan kerajaan negeri yang baru di kesan.Petani-petani yang terlibat dalam projek PKPS kini berhadapan dengan tanah yang diharapkan mereka akan kekal berada bawah kerajaan negeri yang sepatutnya membolehkan mereka terus bertani kini dihalau tanpa pampasan.

Banyak lagi dipercayai berlaku dalam melibatkan pemaju perumahan yang membangunkan balik projek perumahan yang terbengkalai. Anih sekali, kerajaan negeri mahu lakukan penipuan dan paksaan sedemikian terhadap sebuah yayasan di bawah pentadbirannya sendiri. Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih, satu demi satu program dan syairikat serta yayasan yang ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera dan rakyat termiskin di mansuh dan ingin ditutup.

PKNS yang ditubuhkan untuk salah satu fungsi menyediakan rumah yang mampu dibeli dan diduduki oleh rakyat kurang berada kini bertukar menjadi syarikat hartanah yang hanya mahu membina rumah dan condo berharga dan nilai tinggi. Mana-mana tanah yang boleh disapu tidak lagi dipeduli peranan sosial dan masyarakat yang dimainkan di tanah tersebut, semua mahu diambilalih untuk jadikan hartanah mewah.
Yayasan Selangor yang kita ketahui adalah ditubuhkan untuk membantu memberi pendidikan dan kemahiran kepada keluarga yang kurang berupaya.

Mereka menyediakan asrama di kota untuk anak-anak desa mendapat pelajaran di sekolah-sekolah yang baik-baik. Kini asrama Dr Latif dan Asrama Toh Puan Norashikin mahu ditutup untuk dibangunkan apartmen dan kondo. Yayasan juga terlibat membangunkan Institiut kemahiran Yayasan Selangor untuk anak-anak yang kurang berjaya dalam akademik dapat mendapat kemahiran. Kini IKYS ditutup dan pelajar terlibat dihantar ke kolej swasta yang mahal dan program yang tidak sama.

Yayasan juga memberi biasiswa untuk anak-anak yang baik pelajarn untuk menyambung pelajaran mereka di sekolah menengah hingga ke Universiti. Tahun ini tiada lagi biasiswa yang diberi. Niat murni Yayasan kini terus terhalang oleh ketirisan besar-besaran dan salahurus oleh pihak-pihak tertentu. Penolong Pengurus Besar pernah  dikenakan tindakan disiplin dan disiasat oleh SPRM. Pengurus Besar yang sma tidak cekap hingga menyebabkan kerugian besar masih dikekalkan.

Kini Pengerusi Lembaga Pemegang Amanh itu sendiri, iaitu Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim sendiri pula terlibat untuk merampas hartanah kepunyaan Yayasan dibawah tanggungjawabnya sendiri untuk diberikan kepada satu projek melibatkan pihak swasta.

Kenapa dia sedia lakukan perkara sedemikian?

Adakah ianya begitu perlu melebihi peranan sebuah Yayasan yang menjalankan kerja kebajikan untuk rakyat?

Hanya sesuatu melibatkan pecah amanah atau pengumpulan dana pilihanraya yang boleh jadi sebab Menteri Besar boleh hilang arah dan etika. Bukankah ini dikira perbuatan pecah amanah dan ia sepatutnya dilaporkan ke SPRM?

No comments:

Post a Comment