Monday, May 7, 2012

SESAT DALAM ISLAM BERMAKNA KEBEBASAN BUAT ANWAR IBRAHIM

Makin JELEK dan MELOYAKAN mainan psi-war Pemimpin ANUgerah Tuhan ni..  Kahwin punya hal memang banyak cabaran... bangsa tak sama, warna kulit beza,  saiz ka... status diri ka... tak serupa nak kahwin tak ada hal lah! 

Tapi IKD yg di naungi Bapak Anwar Bin Ibrahim (BABI) kata Agama beza pun boleh??? Ini sudah SESAT! Pihak kerajaan dan berkuasa Islam kena ambil tindakan... BAHAYA ini soal akidah!




5 Mei - Kerajaan digesa mengharamkan buku Kahwin Campur yang diterbitkan oleh Middle Eastern Study Group, sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD) yang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ahli Pemegang Amanahnya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa, buku tersebut yang dipercayai diedar secara percuma memberi mesej kononnya wanita Islam boleh mengahwini lelaki kafir.

Katanya, buku tersebut yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.

Menurutnya, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam sama ada yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain agama selain Islam sendiri.

No comments:

Post a Comment