Thursday, May 17, 2012

LAHANAT DAP RASUAH TUNKU AZIZ RM 50 RIBU DAN JAWATAN UNTUK TUTUP MULUT

Setelah pendapatnya diperkecilkan dan penat lelah perjuangannya didalam DAP dipersenda dan dipermainkan oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang..Kini maruah Tunku Aziz cuba dibeli oleh Guan Eng dengan nilai RM50,000.00 supaya beliau tidak letak jawatan...Ikuti kupasan selanjutnya yang dibuat oleh Dr MiM...

Satu minggu ini merupakan satu titik sejarah yang tidak mungkin dapat dihapuskan di dalam karier politik Lim Guan Eng DAP! Ianya menyerlahkan sikap dan sifat Setiausaha Agung DAP yang selamanya ini berjaya dengan wayang kulit beliau di Pulau Pinang.
.
Seorang yang dilambangkan sebagai 'humble', mesra rakyat dan demokratik, akhirnya tersungkur malu yang amat sangat. Segala nanah dan daki yang selama ini terkumpul, akhirnya keluar juga. Pendedahan berani dan ikhlas Tunku Aziz, Naib Pengerusi DAP yang menerangkan satu persatu perlakuan jelek Lim Guan Eng DAP, sudah tentu akan menjadi perbualan hangat rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang.
.
Dan jika begitulah modus operandi Lim Guan Eng DAP cuba 'membeli' Tunku Aziz dengan RM50,000 serta Senior Fellowship, rakyat Pulau Pinang sepatutnya berasa sangat kecewa dan sangat ragu kepada intergriti anak Kit Siang DAP sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. 
 
Jika rakan sendiri dalam parti DAP pun pun diperlakukan sedemikian rupa, apakah jaminannya kepada rakyat Pulau Pinang sekalian? 
 
Mengaku mencontohi Khalifah Umar... DAP Perguna ISLAM realitinya MELAYU & 
ISLAM di pinggir
 
Dalam isu Tunku Aziz ini, Lim Guan Eng DAP telah tersilap besar. MiM sendiri pernah mengatakan bahawa tindakan kroni tegar Kit Siang DAP yang melenting kepada Tunku Aziz adalah satu tindakan cetek dan bakal memakan diri. 
 .
Jangkaan MiM tepat dan sekarang, di samping bergelumang dengan skandal bilion ringgit wang rakyat Bayan Mutiara, sPICE dan sebagainya, Lim Guan Eng DAP sedang menghadapi satu krisis politik yang paling teruk dalam karier politik beliau.Pendedahan Tunku Aziz yang ditawar RM50,000 dan fellowship juga sekaligus telah meranapkan konsep C.A.T yang selama ini dilaung-laungkan oleh Guan Eng DAP.
 .
MiM tidak pasti bagaimana caranya Lim Guan Eng DAP akan berdepan dengan rakyat Pulau Pinang selepas ini. Beliau tidak boleh lagi mempertikaikan parti lawan kononnya corrupt dan salah guna kuasa.MiM juga tidak pasti bagaiman Setiausaha Agung DAP akan melaung-laungkan C.A.T beliau kerana Tunku Aziz sendiri disogok dengan wang dan gelaran.
 .
 
Seriously! MiM sarankan kepada kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang supaya berbuat sesuatu seperti EGM untuk membincangkan perlakuan Guan Eng DAP seperti yang didedahkan oleh Tunku Aziz.Sekarang pun rakyat Pulau Pinang sudah mula memperkatakan tentang intergriti Guan Eng DAP dan secara tidak langsung akan terpalik ke DAP Pulau Pinang yang tidak terlibat di dalam drama ini. 
 .
Too much damages, enough is enough, begitu juga yang sepatutnya difikirkan oleh DAP Pulau Pinang buat saat dan ketika ini.Buktinya sudah ada. Tunku Aziz sendiri tidak percaya kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Bukan sahaja tidak percaya, Guan Eng DAP juga biadap terhadap veteran politik tersebut.Apa lagi yang DAP Pulau Pinang mahu? Apa lagi yang rakyat Pulau Pinang mahu? Apakah Guan Eng DAP masih layak menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang? DrMiM
 
SEMUA KENA TIPU! LIM GUANG ENG PEMBOHONG & OPURTUNIS
 
BACA PETIKAN BERITA
 
UALA LUMPUR, 16 Mei − Lim Guan Eng hari ini enggan untuk melakukan “serangan balas peribadi” terhadap bekas Naib Pengerusi DAP yang telah meletak jawatan, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini mengatakan Setiausaha Agung DAP itu telah menghinanya apabila mengemukakan tawaran sebelum beliau meninggalkan parti pada malam Isnin lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang ini sebaliknya berterima kasih di atas jasa Tunku Aziz sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP selama empat tahun sebelum ini.

 "Saya tidak ingin bertukar serangan peribadi dengan Tunku tetapi ingin merakamkan penghargaan parti atas jasanya selama empat tahun sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

 Menurut kenyataan tersebut, Lim mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan daripada Tunku Aziz yang juga merupakan pengasas kepada Transparency International Malaysia semalam, dan telah cuba untuk menghubunginya, namun gagal.

 "Saya telah menerima surat perletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim daripada Parti DAP semalam.“Saya telah mencuba untuk menghubungi beliau sejak pengumumannya untuk meletakkan jawatan pada hari Isnin, tetapi tidak berjaya,” kata Lim lagi. 
 
Tunku Aziz sebelum ini dipetik laporan The Star berkata, Lim cuba memujuknya dengan menawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dan “menawarkan pelancongan sebagai umpan. 

 "Kemudian semalam, Zairil Khir Johari (setiausaha politik Lim) menghubungi saya dan menawarkan pendapatan berjumlah RM50,000 jika saya bersetuju. 
 

No comments:

Post a Comment