KUALA LUMPUR – Ranking pasukan bola sepak negara mengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas. Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.
Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan. Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.
Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu.
Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia pada tangga ke-21.
Bagi ranking dunia, Sepanyol masih kekal sebagai pasukan No. 1 diikuti Jerman dan pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay. Ketiadaan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara sepanjang bulan lalu jelas memberikan kesan besar kepada ranking skuad bola sepak negara yang hanya mengadakan perlawanan persahabatan berdepan skuad bertaraf negeri, Sarawak pada 25 Mac lalu.
Mengikut rekod sepanjang tahun 2012, ranking skuad Harimau Malaya tidak pernah mengalami sebarang kenaikan sejak berada pada tempat ke-148 Januari lalu.Jatuh dua anak tangga pada Februari, pasukan negara terus turun ke tangga ke-152 pada Mac sebelum berada pada tempat ke-156 bagi bulan ini.
Namun, skuad Datuk K. Rajagobal berpeluang kembali mendaki ranking FIFA menerusi aksi persahabatan dengan Sri Lanka pada 28 April ini.
jgn kritik FAM, nanti kena gantung smpai pengsan
ReplyDeletekite kene puji bab bolasepak ni. sebab biasenye jurulatih akan puji skuad negara walaupon kalah. kite bermain baik, ade peningkatan walaupon kalah 10 menang 1. memacam la pujian jurulatih untuk anak buah. dalam bab pujian ni. malaysia di ranking 1 dunia. sepanyol german brazil pon tak bleh lawan ooo
ReplyDelete