Monday, March 5, 2012

TERKINI PILIHANRAYA UMUM PRU 13 SAH JUN 2012

Salam perjuangan, Skandal terhebat 2011/2012 iaitu berkenaan teka teki tarikh Pilihanraya Umum PRU 13 akan datang sudah sampai ke penghujungnya...pada suatu mesyuarat PENTING lalu melibatkan "think tank", "supreme leader", "tok keramat", "juru analisis" , "Intelligent", "gestapo" dan "tok moh" telah membincangkan secara tertutup dan berfokus akan tarikh pilihanraya umum 13 nanti.

Cukup panas, hangat dan mengujakan kerana setiap pihak telah membentangkan analisis, risikan, kecenderungan, isu dan pelbagai faktor lain untuk mencari tarikh paling sesuai melaksanakan pilihanraya umum 13 nanti. Detail tak perlu diberi tahu namun kesimpulannya 3 tarikh telah diberikan namun pilihan utama adalah pada JUN 2012 (kalau meleset aku postkan 2 tarikh lagi ya).

Mesyuarat cukup complete malahan "blue print" dan "masterplan" telah disiapkan dengan terperinci dan teratur melibatkan semua "taukeh" yang terlibat. Malahan semua strategi dan isu yang akan dimainkan turut disediakan termasuk draf "manifesto" berfokus disetiap negeri dan nasional. Cukup sulit dan AMAT BAIK berbanding gerak kerja pada PRU 12 lalu yang dikira "lesu", "layu" "lembik" dan "kuat mengantuk" seperti "supreme leader" dahulu.

Kesemua "think tank", "supreme leader", "tok keramat", "juru analisis" , "Intelligent", "gestapo" dan "tok moh" yang hadir mengaku mendapat pengajaran berguna pada PRU lepas dan "berbaiah" untuk bersatu hati dan berganding bahu dalam memberikan gerak kerja terbaik untuk PRU 13 nanti...

Apapun tengok tarikh dibawah... kalau ada maklumat dipihak korang silalah kongsi lagi

Kepada UMNO, MIC, MCA dan seluruh parti komponan Barisan Nasional... cukuplah pendedahan semasa mesyuarat berkenaan... pilihanraya ini (PRU 13) akan menentukan sama ada pada PRU 14 akan bertukarnya kerajaan atau tidak... pembentangan dan hasil dari data serta statistik amat mengerunkan... Insaflah dan bangkit lah berjuang... jangan biarkan Malaysia tergadai kepada golongan SEKUTU AMERIKA dan ISRAEL serta manusia dan kumpulan MUNAFIKUN yang "menghalalkan apa jua cara demi matlamat walaupun salah dan haram" hingga ISLAM diperdagangkan demi KUASA...

KEPADA ALLAH BERSERAH

Ramadhan mulai (1 Ramadhan 1433): 20 Julai 2012
Idul Fitri (1 Syawwal 1433): 19 Ogos 2012
Persiapan Ibadah Haji : sepanjang September 2012
Hari Raya Korban : 26 Oktober 2012
Kepulangan Jemaah : Awal November
Musim Tengkujuh : November 2012 - Januari 2013
Mandat Kerajaan BN Tamat : Mac 2013

Tengah tahun paling sesuai
Oleh KAMIL MASLIH / pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mac _ Kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada pertengahan tahun ini adalah tidak mustahil dengan kelebihan yang kini jelas memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, terdapat beberapa perkara yang terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh kerajaan BN sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Dua perkara utama yang saya lihat perlu diselesaikan adalah penyelarasan tangga gaji baru kepada penjawat awam dan satu perkara lagi adalah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di papan utama Bursa Malaysia.

"Kalau dua isu itu dapat diselesaikan, bagi saya tiada lagi isu yang meruncing dan memang kemungkinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Jun ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

4 comments:

  1. hebat... mana dapat info... anda harus hati-hati... sah lepas ni Anwar Ibrahim cari hang ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. aku setuju... JUN terbaik kut... harap goverment bagi cuti boleh balik kg mengundi... aku meluat tengok kedah bawah PAS... nak balik bagi BN menang

    ReplyDelete
  3. yang ko bocorkan kenapa??? ceh! tak ada kelebihanlah buat UMNO and BN...

    ReplyDelete
  4. Mengundi bila pun xde hal. ABU..

    ReplyDelete