Monday, March 12, 2012

MALAYSIAKINI TUDUH PEGUAM NEGARA DAN BEKAS KETUA POLIS BESUBAHAT DENGAN KETUA KONGSI GELAP JOHOR

Malaysia Kini menuduh Bekas Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail terlibat serta bersubahat dengan ketua kongsi gelap Johor Tengku Goh atau nama sebenar Goh Cheng Poh... Portal pembelit ini mendakwa memiliki dokumen dak bukti bagi menegsahkan dakwaan mereka....

PETIKAN MALAYSIA KINI

Bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh. Mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.
johari baharum
Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.


ghani patail gani 060409 Namun, Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu. Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini. Enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

NONE

Dakwaan ini amatlah berat dan kesannya mampu merosakkan imej dan kepercayaan terhadap Sistem Kehakiman Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Sehubungan itu Idelismalaysia mendesak agar siasatan dibuat dengan segera dan pihak yang bersalah didakwa kemuka pengadilan... JIKA MALAYSIAKINI BERBOHONG... saman dan tindakan undang-undang menrusi mahkamah WAJIB dilakukan kerana Malaysia Kini menjadi pengancam keselamatan negara...

KEBENARAN PASTI MENGATASI KEBATILAN
KEPADA ALLAH BERSERAH

No comments:

Post a Comment