Thursday, March 15, 2012

GUNA DANA , SUMBER PERISIKAN, BANTUAN PUBLISITI DAN KINI DILATIH SERTA BERKIBLAT BUKU AGEN ASING YAHUDI

AIDCNews – 14/03/12 – PKR mengaku pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya agensi asing yang diterapkan kepada ahli-ahlinya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Sinar harian yang memetik pengakuan itu dari Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata buku panduan yang digunakan oleh parti itu digunakan untuk menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan yang diterbitkan oleh National Democratic Institute for International Affair (NDI), satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy), yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa UMNO.

“Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dengan bebas dan adil bukannya ‘kempen kebencian’.

“Malah, sekiranya wujud usaha menggulingkan kerajaan pun, rakyat sendiri boleh menilai sama ada mahu menyokong ataupun tidak,” katanya.

Nik Nazmi turut mempertahankan penggunaan buku panduan itu walaupun ia datangnya dari pihak asing.

“Adakah menjadi satu kesalahan, jika PKR menggunakan buku panduan dari luar negara yang bebas dan adil.

“Anda boleh menilai sendiri apabila membaca buku panduan ini kerana dari awal sehingga akhir kesemuanya tentang bagaimana menghadapi pilihan raya,” katanya.

Dalam sidang media semalam, penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR dalam menghadapi PRU.

Dakwanya, Anwar turut mendapat bantuan NDI menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

“PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara AS yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.

Mohd Zin mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.


“Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.

“Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR,” katanya lagi.
sumber-AIDC

VIDEO PENDEDAHAN BERANI YB ZUL !! ANWAR GUNA SUMBER WANG HARAM UNTK DANA PRU ?!!



Pengakuan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkaitan penglibatan badan asing dalam pakatan pembangkang yang dah lama berlaku termasuklah pemberian dana pilihan raya, latihan untuk berkempen & kursus di luar negara untuk mengadakan demostrasi….

Siapa yang dimaksudkan Zulkifli Noordin sebagai badan asing tu?

Sejauhmana penglibatan mereka dalam gerakan Pakatan Rakyat untuk merampas dunia?

Apakah janji kepada ‘pihak asing’ oleh Datuk Seri Anwar jika PR berjaya merampas Malaysia dari Barisan Nasional?
Semalam aakj ada buat intro pendedahan tentang anwar akan buat apa saja janji dia jadi PM dan yang lain dia takkan peduli..dendam adalah keutamaan..dendam atas perbuatan sendiri huh !!
Baca kat sini ;
http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/03/pendedahan-berani-buku-panduan.html
 
sidang akhbar 13/3/2012

Yb Dato Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Kordinator BN Selangor yang juga merangkap Ahli Parlimen Sepang dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor dengan berani dan tegas mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti konkrit bahawa bermula dari tahun 2004, Anwar dan sahabat yahudi beliau mula menyusun strategi untuk hancurkan kerajaan BN dengan apa jua kaedah sekali pun..

sambung......"Modus Operandi dan Bukti" yang Anwar dah gunakan sejak dari 2004 !!
Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1pAlgxSUG

No comments:

Post a Comment