Thursday, March 29, 2012

APA TUNGGU LAGI BUANG SAHAJA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB GUBAL SBPA

SBPA merupakan malapetaka jika dilaksanakan di mana penulis yakin kerajaan UMNO-BN akan tumbang akibat protes kakitangan awam... DS Najib punyalah usaha menangi hati rakyat tiba-tiba SAMDOL PTD (pegawai tidur duduk) ni gubal SBPA macam lahanat!

Siap ROMPAK duit kerajaan pulak tu untuk geng-geng JUSA mereka... celaka tak? Nasib baik DS Najib segera buat damage control... naikkan gaji dan tambah elaun... tapi macam biasalah SAMDOL PTD (pegawai tidur duduk) memang lembab sebab sampai sekarang kata Dato' Omar (CUEPACS) haram tak tau lagi pekeliling dan pembayaran nak dibuat!

Berdasarkan itu... apa kita tunggu lagi??? nak sayang sangat depa ni kenapa??? BUANG SAHAJA 5 EKOR BERUK DAN ANAK BUAH MEREKA yang gubal SBPA ni... mereka sebenarnya agen PEMBANGKANG sabotaj dari dalam kerajaan... lagi cepat BERAMBUS lagi baik... menyusahkan Kakitangan Awam, Kerajaan dan PM Malaysia...

Ke Pegawai Tinggi serta anak buahnya nya tak tahu malu... macam tak bersalah sahaja masuk and keluar ofis tu??? tak ada maruah ke??? berambuslah!

Kedudukan Sidek, Abu Bakar cetus persoalan

PUTRAJAYA 28 Mac - Spekulasi bertiup kencang di Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini berhubung kedudukan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam.

Mereka yang dimaksudkan ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan.

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Abu Bakar ketika dihubungi hari ini tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

No comments:

Post a Comment