Thursday, February 23, 2012

PAS SUDAH GILA BABI HARAM IKTIRAF NEGARA ISRAEL TAPI BERSUBAHAT DENGAN ANWAR YANG SOKONG ISRAEL

Jelas kini PAS bersekongkol MENYOKONG KESELAMATAN NEGARA ISRAEL kerana terus membuat perikatan dengan PKR yang dipimpin ANWAR AL JUBURI yang jelas tidak mahu menarik balik kenyataan sokongan terhadap keselamatan dan penubuhan ISAREL.. walau pun mendabik dada PAS memperjuangkan ISLAM... perjuangkan apa kalau perkara sebegini jelas pun PAS gagal ambil tindakan...

Sebarang usaha menyokong apa saja berkaitan negara ISRAEL LAKNATULLAH adalah HARAM dan BERDOSA BESAR... dan dengan bersubahat dengan kumpulan dan pemimpin yang menyokong apa saja berkaitan negara ISRAEL LAKNATULLAH juga adalah HARAM dan BERDOSA... kini PAS bersama-sama memikul DOSA dan LAKNAT ALLAH SWT kerana bersubahat malahan merelakan diri bersekongkol dan bersetuju hal yang HARAM dan BERDOSA dalam agama...

Malahan PAS dilihat TAK ADA KUASA, LEMAH, LEMBIK dan BACUL kerana nak menegur dan pengaruhi ANWAR AL JUBURI pun PAS gagal... kini pas di pandang RENDAH sekali berbanding rakan dalam Pakatan seperti DAP yg dilihat menonjol dengan konsep kesamarataan dan PKR yang dilihat begitu liberal boleh tolak ansur gila babi termasuk hal agama...

Mangsa adalah PAS yang dilihat tunduk dan mengikut telunjuk DAP dan PKR hinggakan PAS menyokong perkara yang jelas bertentangan dengan ISLAM... malah sanggup menyokong kesamarataan dan liberal... mana pendirian yg kononnya berjuang demi ISLAM???



DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.


Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.


Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.


Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.


Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.


Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.


Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.


Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.


Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.
sumber : HARAMKAH


No comments:

Post a Comment