Friday, February 3, 2012

KRONI YAHUDI ANWAR IBRAHIM SUDAH ARAH WALL STREET JOURNAL PUTAR BELIT ARTIKEL BANTU ANWAR PERJELAS ISU ISRAEL



Akhirnya, setelah beberapa hari isu Anwar Ibrahim menyatakan sokongan 'keselamatan negara Israel', The Wall Street Journal bertindak mengeluarkan satu lagi artikel terbaru untuk 'menerangkan' perkara yang sebenarnya tentang temuramah tersebut!

Tetapi malangnya, akhbar antarabangsa yang dimiliki oleh News Corp dan Rupert Murdoch itu mengambil jalan dengan memutarbelit dan terdapat unsur pembohongan di dalam artikel terbaru mereka!
Kenapa MiM katakan terdapat unsur 'pembohongan'? Anda baca artikel ini dulu Klik Sini
Kita bandingkan artikel di atas dengan artikel terbaru WSJ. Sila baca di bawah :
Jika dibandingkan kedua-dua artikel itu, ternyata WSJ telah menambah ayat
'while at the same time backing the 'legitimate rights of the Palestinians' sebelum perkataan 'he stopped short of saying...'!
Tindakan WSJ menokok tambah ayat menimbulkan beberapa persoalan baru,

1. Apakah akhbar antarabangsa itu yang bersalah?

2. Kenapa mereka tidak menyatakan kekesalan mereka menulis artikel yang menimbulkan pelbagai persepsi di negara ini?


3. Apakah Anwar Ibrahim atau pun proksi beliau telah menghubungi WSJ untuk menulis satu lagi artikel untuk meredakan kecaman terhadap diri beliau?
Dan jangan kita lupa kepada perkara asas di dalam isu panas ini iaitu tindakan Anwar Ibrahim yang seolah-olah memprioritikan pihak yang menindas iaitu Israel!

MIM View

Siapa Rupert Murdoch taukeh Newscorp yang sampai sedia bantu beri peluang anwar membetulkan kenyataan, kalau bukan penyokong tegar Israel dan Zionis?

Apa hal pun, walaupun Anwar meletakkan caveat atau syarat untuk menyokong keselamatan Israel, tak baca sejarah kekejaman Israel terhadap bangsa palestine ke?

Baca kenyataan Perdana Peace Global Foundation di The Mole sini. Asasnya kesediaan Anwar untuk membela keselamatan Israel membawa maksud memberi lesen untuk Israel melakukan genocide dan ppenindasan ke atas rakyat dan bangsa Palestine.



No comments:

Post a Comment