Monday, February 27, 2012

KES KHALWAT PENASIHAT AGAMA SELANGOR : BADRUL AMIN BAHRON SALAHKAN UMNO KENA PENAMPAR JEPUN

Sebelum buat apa-apa andaian silalah baca berita berkaitan di bawah ya... kita cari kepastian dan kebenaran yang sememangnya pemimpin PKR ada masalah ZAHIR dan BATIN... 
versi yang diceritakan oleh suami wanita tersebut….;
Sumber yang turut berada ketika suami wanita tersebut menyerbu bilik di tingkat tiga hotel berkenaan berkata, pintu bilik berkenaan gagal dibuka sepenuhnya berikuta dihalang rantai pada pintu itu.

“Pasangan berkenaan [Badrul Amin dan wanita isteri orang itu], mengambil masa kira kira 20 minit sebelum menanggalkan rantai kunci keselamatan pintu bilik hotel berkenaan.
Keadaan dalam bilik ketika itu gelap dan arahan supaya membuka pintu tidak dihiraukan sebaliknya mereka hanya berdiam diri sebelum pintu dibuka” katanya.

Beliau berkata, apabila pintu bilik dibuka, Badrul Amin yang ketika itu berbaju kemeja serta berseluar  panjang duduk dikerusi, manakala pasangannya [isteri lelaki yang menyerbu bilik] memaki baju T sedang memangku seorang kanak kanak  perempuan berusia 3 tahun dipercayai anaknya.  [dipetik dari Berita Harian]
 Penjelasan Badrulamin - HARAKAH

NOTA: Kalau duduk sebilik lelaki dan perempuan, bergelap dan berkunci memang sah kena pertuduhan khalwat... lain lah lelaki dengan lelaki mungkin itu yg buatkan abg nuar lebih selesa "bersama" lelaki he he he....
 

Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin  menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.“Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

“Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan,” kata Badrulamin.Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau.
Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.
“Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin,” kata Badrul.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin.“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya,” ceritanya.Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.“Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.“Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya,” cerita Badrul lagi.Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya.

Badrulamin diarah cuti sebulan

NOTA : kalau kes tak kuat takkan sampai kerajaan negeri selangor arahkan beliau bercuti untuk bersihkan nama??? ingat tak kes elizabeth BOGEL dulu... tak serius sangat sampai mengejut dapat arahan kena bercuti he he he....




KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri orang di Pahang semalam.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, cuti rehat berkenaan bertujuan membolehkan Badrulamin melakukan kerja-kerja membersihkan nama beliau. “Kerajaan negeri berharap cuti tersebut akan digunakan untuk menumpu perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.
Langkah itu menurut sekretariat tersebut, bertujuan menjaga maruah Badrulamin sebagai Muslim sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Menurut sekretariat itu, sepanjang tempoh cuti tersebut, segala tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh pihaknya yang diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Justeru itu, kami menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian negatif dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib,” jelasnya. Badrulamin ditahan oleh JAIP selepas diberkas oleh suami wanita berkenaan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Kuantan awal pagi semalam.

'Saya bantu dapatkan bilik penginapan'

NOTA : Bantu dapatkan bilik takkan sampai duduk dalam bilik berdua-duaan bagi kunci sudah... tinggalkan nak cakap di cafe ke... lobi hotel ke... bukan tak boleh... naper sampai dalam bilik???

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar) menafikan laporan media yang beliau ditangkap khalwat bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.
Malah beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz yang mengesahkan tangkapan khalwat itu sebagai tidak benar serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu mendakwa, beliau hanya ditahan oleh pegawai JAIP untuk membantu siasatan selepas hampir 20 minit dipukul dan dikurung dalam bilik hotel oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh suami wanita berkenaan.
Menurut Badrulamin, beliau membantu wanita tersebut mendapatkan bilik penginapan di hotel itu atas rasa tanggungjawab selepas melihat wanita berkenaan yang didakwanya menghadapi masalah rumah tangga, datang menemuinya pada pukul 2 pagi bersama anak yang masih kecil.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai JAIP. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin PKR pada 24 hingga 26 Februari dan saya mengambil peranan aktif dalam majlis itu. "Pada petang 24 Februari, wanita tersebut menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbang keselamatan diri. Saya dengan tegas menasihatkan supaya jangan berbuat demikian. "Bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari, beliau menghubungi saya memaklumkan berada di lokasi Temurapat Pemimpin PKR dan atas rasa tanggungjawab, saya membantu mendapatkan bilik penginapan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Badrulamin memberitahu, beliau mengenali pasangan suami isteri tersebut sejak lebih setahun lalu, semasa wanita berkenaan bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah dan sejak itu, sering berhubung kerana mereka menghadapi masalah rumah tangga.
Jelasnya, dalam usaha membantu pasangan tersebut, beliau dan isteri pernah menziarahi keluarga itu di Rompin, Pahang. "Saya berharap dengan penjelasan ini, semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya,'' katanya. Menurut Badrulamin, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadapnya.

TUDUH JAIP KOMPLOT KENAKAN BADRUL AMIN

JAIP bertindak atas aduan suami wanita terbabit - Ghazali 

NOTA: Kalau bab kena batang hidung sendiri mereka seperti biasa memberikan alasan paling hebat iaitu berlaku " komplot".. tak ada alasan lain ke??? kalau dah buat salah mesti nak pusing supaya org lain pulak nampak bersalah... 

KUANTAN 26 Feb. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu. Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit."Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok semalam.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini. Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan."Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut."Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya. Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.


Ada Saksi pulak dah...

Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Watiwani bermalam dibilik Badrulamin kenapa malam ketiga baru nak bagi tazkirah.

Kata saksi itu lagi dakwaan Badrulamin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrulamin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrulamin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani.

Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beberapa rundingan dengan Badrulamin gagal.

Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrulamin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrulamin di dalam bilik hotel itu.


ALASAN MELEPAS DIRI PALING HEBAT DI  DUNIA
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.

Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.

Sumber: FMT



 LAGI CERITA SAKSI

Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...

kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...


yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Ain 


No comments:

Post a Comment