Apakah PAS dan pemimpinnya akan terus terperdaya mengikut sahaja kata-kata peliwat, penzina dan insan munafik ini dengan memperkudakan ISLAM dan bangsa demi matlamat akhir iaitu KUASA... sedangkan ALLAH SWT jelas menyatakan bahawa ISRAEL aka YAHUDI seperti ayat Al-Quran dibawah
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu : Al Baqarah ayat 120
Yahudi memang tidak boleh dipercayai sejak zaman berzaman. Ini ditegaskan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 118 bermaksud; “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”
REAKSI ANWAR IBRAHIM
Anwar mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz kira-kira sejam di PNB Darby Park, Kuala Lumpur bagi menjelaskan pendirian beliau ekoran penerbitan satu temu bual dengan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.
Anwar ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata, Nik Abdul Aziz menerima penjelasan beliau.
Ketua Pembangkang tiba di apartmen PNB Darby Park kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.
"Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Nik Aziz baik. Kita bukan sahaja membincangkan tentang soal Israel, tetapi mengenai Pakatan Rakyat juga.
REAKSI NIK AZIZ
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pertemuannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini ekoran kenyataan kontroversi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menyentuh kedudukan Israel dalam "sedikit masa lagi."
"Alhamdulillah, baru selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut serta ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kenyataan lanjut akan dikeluarkan sedikit masa lagi insya-Allah," kata beliau dalam mesej yang dipaparkan menerusi laman sosial facebook tengah hari ini.
SUMBER :SINAR HARIAN
PAS biasalah PARTI ANWAR SUNTUT ha ha ha... kena ikutlah cakap Anwar he he
ReplyDelete