Friday, December 2, 2011

HEBAT! ANWAR CACI KAUM INDIA "PEMABUK" DAN "BERPENDIDIKAN RENDAH" TERBUKA DALAM PARLIMEN

Belum pun reda kemarahan orang India terhadap Nga Kor Ming yang menghina kaum kulit gelap, semalam giliran Anwar pulak menghina kaum tersebut, Cuma kali ni agak pelik sikit sebab Atuk Anwar pun orang India, boleh jugak dia pun nak kutuk orang India!

Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan melahirkan kemarahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi gelaran yang menghina sebagai ‘berpendidikan rendah’ dan ‘pemabuk’ ketika beliau meminta laluan untuk bercakap di Dewan Rakyat.

“Pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum” kata Anwar kepada ahli parlimen Bebas itu.


Marah dengan gelaran itu, Gobala meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenakan Tindakan Perintah Tetap kepada Ketua Pembangkang itu.


“Dia kata saya mabuk! Anwar kata saya telah mabuk! Saya minta supaya Perintah Tetap dikenakan kepadanya!”, jerit Gobala.


Timbalan Speaker tidak tertarik dengan gesaan Gobala itu, sebaliknya bekas ahli parlimen PKR itu diarah keluar dewan .


Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka.


“Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka,” katanya -
AIDC.

So apa lagi Anwar? Sampai bila la kau nak sorok dalam kain ikan sepat kering tu beb? Busuk tau? Baik kau sahut je cabaran si Gobala tu? Kau berani ke Anwar? Takut banyak lagi video keluar pulak nanti...he he he 

Mungkin ANWAR Maksudkan Keling-Keling yang berdomenstrasi HINDRAF untuk Anwar suatu ketika dulu... yang dirasuah dengan rak dan BODOH mengikut telunjuk anwar kerana tak berpendidikan tinggi seperti di gambar



KAUM INDIA HANYA ALAT BAGI PAKATAN RAKYAT... JANGAN TERUS TERTIPU LAGI... HENTIKAN SOKONG PAKATAN RAKYAT!
 

No comments:

Post a Comment