Tuesday, October 25, 2011

TAJUK BERITA HANGAT ESOK

Seorang lelaki yang pergi ke kedai untuk membeli rokok dan dipercayai merupakan seorang bekas tentera, telah dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian. Tajuk utama berita yang mungkin terpampang esok:-

Buletin Utama – "Hajat mati di medan perang, tetapi akhirnya terkorban dilanggar beca."

Harian Metro – "Hangat! Sanggup mati kerana sekotak rokok."

Utusan Malaysia – "Pejuang Negara mati di langgar beca?"

Twitter@NajibRazak – "Transformasikan Beca 1Malaysia."

Brader Anwar Bin Ibrahim - "Pemilik beca mesti beri keterangan tanpa bersumpah in the dock."

Hadi Awang - "Tukarkan beca itu kepada beca berkebajikan."

Nik Aziz - "Hududkan pemilik beca. Tapi kena mintak konsensus DAP dulu."

HishamuddinH2O - "Amaran keras dan tindakan tegas kepada pemilik beca!"

Mastika – "Bekas tentera menjadi mangsa Beca Berhantu."

Harakah – "Bekas tentera British mati katak kerana UMNO menolak Hudud."

Malaysiakini – "Kes langgar lari beca adalah bukti kerajaan makan rasuah."

Malaysian Insider - "Pemilik beca tiada kena mengena dengan Singapura."

Keadilan Daily – "Beca merupakan bukti wujudnya konspirasi UMNO."

Rocket Online - "Kita akan bela kematian ini jika bekas tentera itu keturunan Cina. Kita akan tuntut kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja."

Blog Pembangkang - "Beca UMNO membawa padah."

Broery Marantika - "Abang beca, abang beca di tengah jalan, Cari muatan untuk mencari makan, Putar putar, putar putar kaki mengayuh, Pergi jauh keringat pun lalu jatuh."
 
NOTA  : Kami dah boleh agak "psywar" yg akan dimainkan semua pihak
 
Sumber : PanehMinang : Tajuk Utama Berita Esok

No comments:

Post a Comment