Thursday, August 18, 2011

TERBONGKAR! SEKOLAH JUGA SASARAN KRISTIAN UNTUKI MURTADKAN UMAT ISLAM


17 Ogos 2011, seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.
 
Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi, 17 Ogos dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari (baca lanjut di sini), Kejadian sebegini perlu dibanteras agar dakyah dakyah halus ini tidak terus merosakkan akidah pelajar-pelajar Islam sejak dari sekolah lagi. 


Berikutan laporan Utusan Malaysia bahawa seorang guru sekolah berbangsa India mendakwa terdapat murid beragama Islam sekolahnya yang mampu menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dikatakan telah memulakan siasatan.

Menurut laporan akhbar milik Umno itu, hari ini, sepasukan pegawai dari Bahagian Sektor Pendidikan Islam, jabatan itu mengunjungi sekolah di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur itu, semalam, bagi mengambil keterangan seorang murid tahun satu berhubung dakwaan murid itu cuba dipengaruhi dengan ajaran Kristian.

Pertemuan antara murid dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur itu, disahkan oleh guru besar sekolah berkenaan tetapi beliau enggan mengulas lanjut, lapor Utusan.

NONEDalam Ruangan Cuit, Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan semalam mendakwa seorang guru sekolah berbangsa India memberitahunya, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Lagu dinyanyikan adalah 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Menurut Zaini, difahamkan, para murid diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu.


Malaysia Kini - media pening lalat

No comments:

Post a Comment