Monday, August 8, 2011

PKR & PAKATAN RAKYAT GADAI & BUNUH MASA DEPAN ANAK MELAYU SELANGOR


Kemana moto NEGERI KEBAJIKAN yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Adakah moto ini sekadar satu slogan kosong dan janji kosong, nampaknya begitu lah.

GAPS sangat prihatin kepada keputusan Yayasan Selangor yang akan menutup dan merobohkan Asrama Pusat Yayasan Selangor Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin Kuala Lumpur. GAPS memandang ini merupakan bukti kezaliman kerajaan PR di Selangor kepada rakyatnya sendiri.

Lebih menjolok mata bila MB buat keputusan Asrama Yayasan Selangor itu hendak dirobohkan bagi memberikan laluan kepada pembinaan HUB KOMERSIAL yang tentu nya akan memberikan laba kepada saudagar-saudagar elite kroni Pakatan Rakyat.

Apakah sebenarnya matlamat penubuhan Yayasan Selangor ? Adakah ia sebuah entiti membuat keuntungan atau sewajibnya memberikan kebajikan pendidikan kepada anak-anak Selangor ? Kebajikan pendidikan atau keuntungan wang ringgit ?

Nampaknya MB Selangor lebih mengutamakan matlamat membuat laba. Dia masih bermimpi menjadi Menteri Besar ini sama dengan menjadi CEO sebuah syarikat GLC. Malangnya rakyat Selangor mempunyai seorang MB seperti Khalid.

GAPS melihat Khalid Ibrahim tidak mempunyai justifikasi untuk merobohkan Asrama yang telah berjasa, sedang berjasa dan akan berjasa kepada Anak Selangor dalam memberikan kebajikan pendidikan. Puluhan ribu anak Selangor yang berjaya dalam Pelajaran hasil mendiami Asrama Yayasan Selangor sejak tahun 70 an lagi. Amat tidak logik keputusan untuk merobohkan Asrama pelajar yang gemilang ini.

GAPS menentang sekeras-kerasnya keputusan MB yang semata-mata berpaksikan kebendaan laba kewangan. MB telah membunuh masa depan anak-anak Selangor yang berpotensi dalam pelajaran.

GAPS menuntut agar keputusan merobohkan Asrama Yayasan Selangor ini dibatalkan. Alternatifnya Yayasan Selangor wajib membina di Kuala Lumpur sebuah Asrama untuk anak-anak Selangor dengan kapasiti dan kelengkapan kediaman yang serupa sebelum Asrama Yayasan Selangor Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin hendak dimusnahkan.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Artikel Asal :

PKR Bunuh Masa Depan Anak Melayu Selangor...

 


Pada 16 November 2010, PKR telah menghabiskan wang sejumlah RM300,000 untuk membuat majlis jamuan menggunakan wang Yayasan Selangor. Sultan Selangor membatalkan kehadiran baginda ke majlis tersebut kerana menyifatkan majlis jamuan tersebut membazir dan tidak berfaedah. Kini asrama tersebut pula mahu dirobohkan.

Pada 7 Ogos 2011, nasib 436 pelajar di Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur bakal terjejas ekoran keputusan kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim serta Yayasan Selangor mahu merobohkan asrama tersebut. Lebih kejam lagi, pelajar asrama berkenaan tidak diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama itu dirobohkan dan difahamkan juga tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar tersebut.

Khalid Ibrahim baru perintah 3 tahun, namun inilah cara Khalid Ibrahim merakyatkan pentadbiran di Selangor. Menjaga kebajikan dengan cara merobohkan Asrama Yayasan Selangor. Atas alasan apa Khalid Ibrahim mahu merobohkan asrama yang menempatkan pelajar-pelajar miskin tersebut? Kerana ikut cakap DAP?

 

No comments:

Post a Comment