Wednesday, August 17, 2011

JAIS DIUGUT AGAR SENYAPKAN PERBUATAN MURTAD : TERESA KOK, RONNIE LIU DAN ELIZABETH WONG CELAKA!



Berikut adalah pendedahan laporan Ops Sita Gereja yang jelas menunjukkan campur tangan daripada tiga orang Exco bukan Islam dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Exco yang pertama masuk campur adalah Teresa Kok yang membuat panggilan telefon pada jam 10.58 pagi, 11 Ogos 2011 untuk meminta operasi terhadap gereja dibatalkan.


Font size
Dua lagi Exco yang masuk campur adalah Ronnie Liu dan Elizabeth Wong. Ronnie Liu menelefon mendesak operasi JAIS dibatalkan pada 11.18 pagi. Bukan setakat itu sahaja, Ronnie Liu mengugut ingin menukar pegawai sekiranya ingkar meneruskan juga operasi. Lebih kurang setengah jam selepas itu, Elizabeth Wong pula mengarahkan pegawai JAIS berbohong kepada Malaysiakini dengan membuat penafian.


Bidang kuasa agama Islam adalah di bawah kuasa Sultan Selangor, mengapa tiga orang Exco DAP dan PKR ini ingin masuk campur ? Mengapa Khalid Ibrahim tidak arahkan tiga orang Exco ini tutup mulut ? Pegawai JAIS yang diarah untuk berbohong kepada Malaysiakini perlu tampil untuk menceritakan perkara sebenar.

Dalam isu ini, tiga orang Exco ini nampaknya ingin melindungi aktiviti memurtadkan orang Islam di gereja tersebut. Lihatlah bagaimana pakatan pembangkang memerintah di Selangor, bukan sahaja pasir dicuri, wang PKNS dikebas, tanah mahu dibuat kandang khinzir malah akidah orang Islam pun mahu diselewengkan. Selamatkan negara ini daripada kejahatan pakatan pembangkang ini.

No comments:

Post a Comment