Monday, July 4, 2011

SUHARDI MAT ISA : MAMAT CELAKA YANG TIMBULKAN PROVOKASI DAN FITNAH

Suhardi tampil beri alasan berbelit

Suhardi Mat Isa menafikan berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Julai - Lelaki yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu, Suhardi Mat Isa, hari ini tampil dan menafikan dia berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Bagaimanapun, ketika tampil pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) hari ini, Suhardi sebagai Setiausaha Agungnya memberi pelbagai kenyataan berbelit setiap kali diasak dengan soalan-soalan 'panas' oleh pemberita.

Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti.

Selain itu, dia yang mendakwa tiada kepentingan politik berkata, terpaksa mengepalai perhimpunan di Jalan Pudu kerana semua pemimpin pembangkang sudah ditahan, tetapi sebaik sahaja pemberita berjaya menyangkal perkara itu, dia sekali lagi mengubah kenyataan.

Kali ini, Suhardi berkata, dia berbuat demikian demi memastikan keselamatan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak diancam pihak berkuasa.

Pada masa sama, dia turut mendakwa polis memperlakukan kepadanya dengan zalim, tetapi bila ditanya mengapa tidak bersurai ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan, dia berkata, tidak mendengar sebarang arahan kerana terlalu khusyuk menunai solat hajat dan berdoa.

"Saya tidak menyokong demonstrasi. Saya hadir sebagai seorang aktivis untuk menyampaikan pendirian yang dibenarkan oleh Islam tetapi ini bukan bermakna saya mempunyai kepentingan politik, saya cuma masyarakat biasa yang mahu membetulkan perkara salah," katanya.

Dalam pada itu, Suhardi yang turut menafikan dia bersembunyi dan melarikan dari polis sebelum ini memberitahu, dia bebas ke mana sahaja malah jirannya yang juga seorang anggota polis tidak menyatakan bahawa polis sedang mencarinya.

"Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Saya juga tidak mati dan masih hidup, yang meninggal dunia Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai selepas dihebahkan di blog-blog, tetapi tidak, apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bercakap mengenainya," ujar bapa kepada 10 anak dan dua isteri itu. - Utusan

Cakap macam nak perbodohkan orang ramai. Dakwa saja penipu ini.

No comments:

Post a Comment