Sunday, May 1, 2011

KERAJAAN SELANGOR BAZIR DUIT RAKYAT UNTUK POLITIK LUCAH



Projek ni sengaja di buat sebenarnya untuk membolehkan peruntukan projek di songlap puak tertentu atas alasan tabung politik... dan turut berfungsi membuncitkan kroni masing-masing... tengok saja modus operanti dalam KES Teoh Beng Hock... tersusun kemas... songlap duit baik punya...

Kini RM 600,000.00 duit rakyat melayang demi politik lucah Pakatan Rakayat Selangor... apa relevennya kempen mansuhkan ISA pada rakyat selangor???

kenapa perlu takut pada ISA... kalau anda tak buat salah dan benda menyalahi undang-undang... ISA adalah akta pencegahan... US sendiri tiru Malaysia selepas sedari kepentingan mencegah lebih baik dari merawat...

BAGUS KE TAK BAGUS???

KALAULAH DIBERIKAN RM 600,000.00 UNTUK RAKYAT???

Beg Sekolah = dapat 40,000 beg untuk bantu anak miskin
Basikal kanak = dapat 3,000 buah
untuk bantu anak miskin ke sekolah
Kelengkapan alat tulis = dapat 60,000 set untuk diagihkan pada pelajar miskin/kurang mampu
Taman Permainan Mini = dapat 60 taman permainan mini dibina
Baju Sekolah = 20,000 pasang baju sekolah untuk bantu anak miskin
Kasut Sekolah = 24,000 pasang kasut untuk anak miskin

Guna RM600,000 wang rakyat untuk kempen mansuhkan ISA


SHAH ALAM 27 April – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini meluluskan peruntukan berjumlah RM600,000 daripada dana rakyat untuk melaksanakan agenda politik pembangkang iaitu kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, wang rakyat di bawah Akaun Amanah Penswastaan itu akan dipindahkan ke Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi melaksanakan kempen itu yang dijangka bermula bulan depan.

Katanya, wang tersebut turut digunakan untuk pemasangan papan iklan yang bermotifkan pemansuhan ISA di seluruh 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Penggunaan wang ini diluluskan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini untuk digunakan bagi program penerangan dan pemasangan papan iklan mempromosi kempen memansuhkan ISA.

“Untuk papan iklan, kita akan membuka tender. Kempen ini untuk menunjukkan kepada rakyat mengenai usaha kerajaan negeri dalam isu kebebasan bersuara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga turut mengadakan program ceramah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti-parti pembangkang yang pernah ditahan di bawah ISA sebelum ini.

Antara mereka yang akan terlibat dalam kempen itu ialah ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan dan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib.

Keputusan kerajaan negeri itu adalah susulan keputusan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 April lalu yang sebulat suara meluluskan usul menggunakan wang rakyat negeri ini bagi melaksanakan agenda politik PKR, Pas dan DAP bagi memansuhkan ISA.

Usul itu antara lain meminta kerajaan negeri memberikan peruntukan untuk memasang papan tanda iklan dengan tema Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA di setiap kawasan DUN Selangor.

Dipetik dari Utusan Malaysia


Papan Iklan Akan Jadi Tempat Rujukan Rakyat Selangor – Khalid

SHAH ALAM 2 MEI : 56 Papan iklan yang bakal didirikan kerajaan negeri Selangor akan menjadi tempat rujukan rakyat negeri ini kelak.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata papan iklan yang akan ditempatkan disetiap DUN seluruh Selangor itu bukan sahaja memaparkan polisi dan pandangan kerajaan negeri berhubung gesaan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bahkan juga akan menerangkan dengan terperinci apakah itu program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Papan iklan Selamatkan Malaysia; Mansuhkan ISA itu dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

“Papan iklan yang akan kita dirikan itu sudah tentu boleh digunakan untuk menayangkan iklan Selamatkan Malaysia, Mansuhkan ISA. Kita juga boleh manfaatkan papan iklan itu untuk menerangkan apakah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),

“Sudah tentu papan iklan itu akan menjadi tempat rujukan rakyat Selangor berhubung perkembangan dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

http://www.harakahdaily.my

teruskan perjuangan

No comments:

Post a Comment