Friday, December 10, 2010

MASJID NEGARA KOTOR, BERNAJIS DAN TERCEMAR KESUCIAN AKIBAT DEMO AIR PAKATAN RAKYAT


Saya ingin mengajak rakyat Selangor melihat kebodohan MB mereka.

Perhimpunan haram berhubung isu air Selangor yang diadakan di Masjid Negara pada hari ahad lepas (5.12.2010) adalah anjuran MB Selangor.

Seluruh negeri Selangor mereka gantung kain rentang mengajak rakyat berkumpul dan berhimpun di Masjid Negara dan berarak bersamanya ke Istana Negara.
Hasil daripada seruan dan ajakan MB Selangor itu telah menyebabkan kesucian Masjid Negara tercemar.

Sila lihat video dibawah yang dirakam oleh Minaq Jinggo pada waktu azan zuhur sedang berkemundang dan selepas waktu azan.

Penjaga Masjid Negara terpaksa lari ke kiri dan kanan menghalang peserta-peserta demo masuk ke dalam kawasan Masjid dengan memakai kasut dan selipar.

Pada minit 0.30 dalam video di bawah anda boleh lihat bagaimana seorang lelaki cina memakai seluar pendek (baju merah dan beg sandang hitam) juga cuba masuk ke kawasan masjid.

Pada minit 1.08 pula dua orang penganut krisian, Theresa Kok dan isteri kepada exco Selangor, Xavier Jayakumar cuba untuk naik ke bahagian atas masjid walaupun dihalang oleh penjaga Masjid kerana pada waktu itu adalah waktu solat zuhur.

Pada minit 1.18 pula anda boleh lihat bagaimana dua penganut kristian tersebut apabila menolak jubah yang dihulurkan petugas wanita Masjid Negara.

Pada minit 2.00 terdengar suara petugas wanita Masjid Negara yang cuba menghalang dengan berkata "time sembahyang tak boleh masuk".

Pada minit 2.12 apabila Tian Chua menghampiri Theresa Kok mereka terus bercakap dalam bahasa cina yang kita tidak ketahui apa maksudnya. Mungkin mereka mengutuk pihak Masjid Negara.

Kenapa harus berbahasa cina sedangkan sebelum itu Theresa Kok menggunakan bahasa inggeris ? Itulah yang kita ragui apa yang mereka perkatakan.

Itulah keadilan dan kesamarataan yang diperjuangkan oleh PKR. Masjid pun disamakan seperti tempat-tempat lain. Bebas untuk sesiapa sahaja untuk datang berdemo dan melanyak masjid secukup-cukupnya.

Lihat juga di sini gambar no 22 dan 23 mereka memakai kasut di kawasan yang dilarang di Masjid Negara.

Khalid Ibrahim dan PKR harus dipersalahkan dalam hal ini. Semuanya berpunca dari mereka. Merekalah yang mengajak rakyat berhimpun dan berdemo di Masjid Negara.

SEBAGAI MUSLIM ADAKAH ANDA TAK RASA APA-APA???
MASJID SEBAGAI TEMPAT SUCI UMAT ISLAM DIPERLAKUKAN BEGITU???
MAHU TERUS SOKONG PAKATAN RAKYAT LAGI?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Sumber :http://ruangbicarafaisal.blogspot.com
Khalid Ibrahim Jadi Punca Kesucian Masjid Dinodai

No comments:

Post a Comment