Monday, December 6, 2010

JANJI BOHONG KERAJAAN PUSAT BN & DATO' NAJIB - MINYAK & GULA NAIK!


PM dato' Seri Najib Tun Razak sendiri kena jawab kepada rakyat ni... mana janji "Rakyat Didahulukan... Pencapaian Diutamakan?" Janji macam-macam tapi mungkir janji... kalau macam ni serupalah Najib dengan Anwar... Kerajaan Pusat BN macam Kerajaan Negeri bangsat DAP, PKR dan PAS...


Inilah ‘senjata’ yang akan digunakan pembangkang terhadap BN jika tidak berhati hati apabila membuat kenyataan di dada akhbar. Betul Kabinet yang berhak memutuskan kenaikan harga minyak mengikut keperluan dan pasaran harga minyak sedunia. Namun, Ismail Sabri selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak boleh melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Rakyat akan terus mempersoalkan kenaikan harga minyak walaupun sebanyak RM 0.05 seliter bermula semalam. Lihat kenyataan akhbar pada 4 November 2010.

Mana janji yang dibuat oleh beliau ... baru genap sebulan, harga minyak bagi RON 95 naik. Walhal, kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak sehingga tahun 2011.

GWM tidak mahu rakyat menganggap kerajaan BN amat gemar memungkiri janji. Ditambah lagi dengan parti pembangkang yang pasti akan memainkan isu ini tiga hari tiga malam.



Kegagalan kerajaan berpegang kepada janji akan memberi impak dan implikasi yang cukup besar. Sokongan politik boleh berubah sekelip mata.

Rakyat amat sensitif dan kritis dengan isu semasa, lebih lebih lagi melibatkan wang ringgit. Rakyat juga mahir membaca, mendengar, menganalisa dan membuat perbandingan.

Kerajaan, Dato' Seri Najib Tun Razak termasuk Datuk Seri Ismail Sabri membuat penjelasan sebaik mungkin berkenaan kenaikan harga minyak melalui sidang akhbar secepat mungkin. Penjelasan tidak perlu bombastic dan segala jargon yang jarang didengari terkeluar.

Perlu diingat, masyarakat di kampung belum tentu faham apa itu Progam Transformasi Ekonomi (ETP), rasionalisasi subsidi dan sebagainya. Mereka lebih faham jika minyak motor telah naik RM 2.00 sehari (40 kilometer) untuk berpatah balik bekerja di sawah, dusun, kebun atau di ladang. Sebulan RM 60.00 terpaksa dibelanjakan untuk kegunaan minyak petrol.

Berikan penerangan sebaik mungkin agar rakyat mampu memahami kenaikan harga minyak, walaupun telah dijanjikan tidak akan berlaku sebarang kenaikan tahun ini. Jangan terlalu mengharapkan blogger pro Kerajaan untuk ’defend’ dan memberi penjelasan bagi pihak Kementerian. Tidak adil jika blogger sahaja yang bermatian memberi penjelasan.


Memandangkan baru sahaja Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak semalam melancarkan Laporan Model Baru Ekonomi (MBE) Untuk Malaysia - Bahagian Akhir yang kononnya melengkapkan pelan hala tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) kepada model pendapatan tinggi.

Tidak sampai sehari juga... Orang Iban Sibu masih dapat kerja gaji RM16 sehari dari taukeh kilang papan untuk bayar tambang RM10 sehala ke Sibu... realitinya PM Dato' Najib Kenaikkan pendapatan masih jauh dari nak dapat dilihat...

Lebih memeningkan kononnya MEB dan ETP akan naikkan "GAJI" dan "PENDAPATAN" tapi kenapa Harga minyak dan gula pula yang naik dulu. Awat rancangan MAPEN lagu macam tu?


Depa bunyikan pengumuman dengan frasa kata yang begitu canggih mendodoi. Depa kata "selaraskan harga:... sedap, profesional dan akademik sungguh!

Kepala bana Mak hang!

Ngaku sajalah harga barang naik. Kalau nak kata selaras, patut selaraskan harga barang dengan pendapatan. Baru nama selaras. BODOH!

Pelik betoi apakah ini kebetulan atau surata... dua hari nak buang undi di Galas, harga minyak naik. Sehari lepas PM lancar Laporan MEB, harga minyak, gula pulak naik... ke memang dah jadi trend... kerajaan tak ada penilaian strategik langsung dalam melaksanakan keputusan... terutama dalam menilai impak, sentimen dan tanggapan rakyat... nak kata bodoh depa ni (kerajaan) ramai bijak pandai penuh keliling PM Najib "claim" dialah "punah-sihat" terbaik...

Apapun harap bunyi canggih-manggih tu bukan niat sengaja orang tertentu nak kaburkan mata rakyat yang kurang faham... tapi ingat! mula-mula tak faham bila dah faham ko rasa tak dikutuknya kerajaan? Niat PM nak dahulukan rakyat, orang yg penaik harga ni nak dahulukan siapa?

Sumber / pautan:

-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1104&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

- Gelombang Wangsa Maju - KENAIKAN RON 95 … DATUK SERI, YOU PERLU JAWAB DENGAN JUJUR!
- TheAntics Of Husin Lempoyang

No comments:

Post a Comment